ADSENSE

Selasa, 12 Mac 2013

Ikan Keli Goreng Berlada & Sayur Campur Lemak Putih

Assalamualaikum.
Lama sangat tak makan ikan keli! Kalau nak makan ikan keli memang kena tunggu balik Selangor, barulah dapat ratah puas-puas! Kebetulan pula kelmarin terjumpalah ikan keli segar dijual di pasar. Apalagi, Amie terus beli 5 ekor dn minta peniaga tersebut bersihkan sekali. Sampai ke dapur, ikan masih lagi bergerak-gerak. Amie tak jadi nak masak, sebaliknya Amie terus masukkan dalam peti sejuk. Banyak kali fikir juga nak masak apa ikan keli ini. Akhirnya Amie putuskan untuk goreng berlada.



Resepi : Ikan Keli Goreng Berlada
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 ekor ikan keli - bersihkan, kelar-kelar, lumur dengan sedikit garam dan kunyit dan kemudian goreng hingga masak - ketepikan
1 kuntum bunga kantan - belah 4
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar kasar:
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit halia

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis semua bahan kisar kasar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan bunga kantan, dan pati asam jawa.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
4. Biarkan sehingga kering sedikit.
5. Tutup api dapur. Tuangkan ke atas ikan keli goreng tadi.


Amie gandingkan Ikan Keli Goreng Berlada dengan Sayur Campur Lemak Putih.

Resepi : Sayur Campur Lemak Putih
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 batang kacang buncis - hiris serong
1/2 batang lobak merah - potong memanjang
2 keping tauhu basah - potong dadu
1 cawan potongan tempe
1 cawan suhun - rendam hingga kembang
500ml santan pekat
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - ketuk
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam ikan bilis

Cara:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama serai dan bahan tumbuh kasar, lobak merah serta tempe.
2. Didihkan di atas api sederhana panas.
3. Apabila mula mendidih, masukkan tauhu, kacang buncis dan suhun.
4. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak pecah.
5. Apabila kacang buncis berubah warna, tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
6. Tutup api dapur.


13 ulasan:

ady berkata...

as-salam
npk sedaplah kak ikan keli goreng berlada tu.. boleh tambah nasi ni kalau mkn..

mama sara nur berkata...

selamat malam K.amie
sama menu tengahri td he hee tp sil beli kat kedai la
asben memang suker ikan keli tu sama dgn mak sy tp sy pula x makan sgt ikan keli heeeehe
memang kena dgn masak lemak putih tu kan

Sury Abil berkata...

Wahh..menu ikan gak ye kak..kite pun suka ikan keli ni..tapi kl ni kadang keli kecik halus je..tu malas nk beli.menu ni femes bila bulan posa..:-)

aziejaya berkata...

As salam. Ini adalah lauk kesukaan my son.

lina_pg berkata...

sedap ni kak amie..sayur lemak putih ngan keli berlado...kedua2nya peberet say ni..

Asyifa Mustaffa berkata...

kedua duanya peberet sy kak....adehhh...leleh air liur ler....

Mas Sani berkata...

Rindunya nk cuci mata dgn lauk pauk akk n windu akk juga..hugs2
Aduhai ikn keli...sedapnya dimsk smbl! Buat msk gulai cili api cmpur kencur pun sedap banget kak.

nens cellection berkata...

sedappnyerr ikan keli febret saya tu..hehe..buat la apa pon ikan keli goreng ke,tempoyak ke sume nens makan..nyummm2

Yatie berkata...

menu kegemaranku, dulu2 tak makan ikan keli ni sbb badannya yg licin dan hitam legam tu buatkan daku fikir 2/3 kali....tapi sekarang tidak lagiiiiii...maunya bertambah2 nasi dan lauk bila keli masak mcm ni...mmng sedap kan...

sudipVSsenduk berkata...

tak pernah goreng sendiri ikan keli, beli je pandai. Dasar pemalas kan...

Rohah berkata...

kak...iwak ki pebret mebret kito anak beranak..dari mak bapak hingga ke anak...

may agumo berkata...

waduh.. sedapnya tgk ikan keli kak amie ni.... lama xmakan..

Iza Fiza berkata...

Sedapnya keli.nk try la mlm ni.tq 4da recepi.hehe.