ADSENSE

Sabtu, 9 Mac 2013

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Peria Goreng Udang & Sup Kaki Ayam

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Agak lama juga kami sekeluarga tidak berjalan-jalan, dan kebanyakan masa kami hanya habiskan di rumah sahaja. Namun begitu, pagi tadi Encik Suami sempat bawa Amie untuk membeli sesuatu di bandar, dan hajat di hati kalau boleh ingin singgah di pasar ikan memandangkan sudah lama tidak makan ikan segar. Nampaknya hasrat tersebut tidak kesampaian, dan akhirnya kami singgah di kedai runcit di kawasan perumahan kami sahaja. Ada beberapa jenis ikan termasuk ikan cencaru segar di situ..... apalagi, rembatkan 4-5 ekor! Kalau dah jumpa ikan cencaru memang dalam kepala Amie tak ada resepi lain yang lebih diutamakan selain Ikan Cencaru Sumbat Kelapa!


Selain Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Amie sediakan Peria Goreng Udang dan tidak ketinggalan hidangan berkuah iaitu Sup Kaki Ayam! Kalau ada sup atau hidangan berkuah, memang anak-anak suka.


Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru saiz sederhana - bersihkan dan belah belakang
2 cawan kelapa parut
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
5 biji cili padi
1/2 sudu teh lada putih
2cm  inci kunyit hidup
2 cm halia
1 genggam udang kering - rendam hingga jembang dan toskan
1 helai daun kunyit - hiris halus
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi. lada putih, halia dan kunyit hidup serta udang kering sehingga lumat.
2. Masukkan kelapa parut dan tumbuk separuh lumat.
3. Gaul bahan 1 dan 2 dengan hirisan daun kunyit, pati asam jawa , garam, gula dan perasa pilihan hingga sebati.
4. Isikan ke dalam belakang ikan cencaru.
5. Panggang hingga masak. Amie panggang di dalam oven.



Resepi : Peria Goreng Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji peria - belah dua, buang biji dan hiris nipis (jika tidak suka pahit, gaul hirisan peria dengan satu sudu makan garam halus dan ramas-ramas hingga lembut, kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering)
15 ekor udang kertas - bersihkan, tinggalkan ekor dan belah belakang
2 biji cili merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
1 biji telur - pukul ringan
minyak 

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili merah hingga naik bau.
2. Masukkan udang kertas dan gaul sebati sehingga udang berubah warna.
3. Masukkan peria dan gaul lagi sehingga peria berubah warna.
4. Perasakan dengan sebuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
5. Tuangkan telur secara merata di atas masakan. Biarkan seketika sehingga telur membeku.
6. Gaul supaya telur sebati bersama sayur peria.



Bagi yang mengetahui khasiat kaki ayam sudah tentu turut ambil kesempatan untuk menyediakannya buat hidangan keluarga. Namun begitu, tidak kurang juga yang tidak suka bila disebut kaki ayam... haaaa... kalau anda jenis yang kedua, tak perlu baca sampai noktah penghabisan  he he ehhh....

Resepi : Sup Kaki Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 ketul kaki ayam - bersihkan dan potong 2
11 biji kurma merah
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan belah 2
1 kuntum white fungus - rendam hingga kembang dan carik-carik
1 labu bawang besar - belah 4
garam
1 liter air

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan kurma merah dan masak selama 10 minit.
2. Masukkan bawang besar, kaki ayam dan cendawan shiitake.
3. Setelah masakan mendidih, perlahankan api dan tutup periuk. Renih sehingga kaki ayam menjadi lembut.
4. Masukkan white fungus dan garam.
5. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

Amie suka buat sup begini untuk mengurangkan panas badan.

10 ulasan:

ummiross berkata...

Salam Amie..
Apakhabar Amie di Lahad Datu, ummi harap semuanya semakin baik.

Cencaru sumbat tu ummi suka, ratah je pun boleh.

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie, sup kaki ayam tu favourite saya..sedapnya..

Amie berkata...

Ummiross,
Khabar baik Ummi ... alhamdulillah, cuma Lahad Datu masih lengang. Memang sedap ratah cencaru sumbat kan Ummi.

Bbwana,
ada gang kaki ayam nih he he ehh.

lina_pg berkata...

salam kak amie...sedap2 belaka menu kak amie ni..paling suka sup kaki ayam tu.Tapi susah nk makan kat umah sebab tadak geng...anak2 siap muka pelik lagi kalau makan kaki ayam...ish2 tak patut betul

che mid berkata...

Salam Amie, sup kaki ayam tak pernah buat lagi.. selalu buang je kaki ayam atau masuk dalam masakan lain, tapi selalu CM je makan..

faa.rosli berkata...

nak sup kaki ayam!!!!!sedapnya!! fevret faa tu..

Dede Thea berkata...

Selamat pagi Bunda,ape kahbar,,,emmhh nampak lezat tuh ikan,,patut di cuba rasanya,,salam succes selalu Bunda Amie

rahel berkata...

Selamat pagi ibu guru...apa kabar?
Sedap2 semua menu itew...gue suka sayur peria tumis udang...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Feberet madihaa juga cncaru sumbat kelapa ni.. Mmg sedap! Nnt try resepi amie ni ye..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..cencaru sumbat gak jd poberet anak pompuan atie nie.