ADSENSE

Isnin, 19 November 2012

Petola Masak Lemak, Sambal Mangga & Ikan Belanak Goreng

Assalamualaikum.
Jom makan... ini hidangan malam, tengahari tadi tak masak nasi sebab Amie ada urusan di hospital. Malas nak menunggu giliran ke 214, akhirnya Amie kembalikan kad nombor di kaunter dan tangguh ke hari lain. Si bongsu pula dapat nombor 114 dan ketika itu baru 14 pesakit luar yang mendapat giliran. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi dan melihat kesesakan yang memang tidak menyelesakan, si bongsu pun dibawa ke klinik swasta. Sebenarnya kami ingin mendapatkan surat pengesahan doktor dari hospital kerajaan untuk diserahkan kepada pihak sekolah si bongsu kerana masalah kakinya yang diserang kudis akibat gatal digaru kerana digigit agas di sekolahnya. Dengan surat pengesahan daripada doktor, bolehlah si bongsu memakai seluar panjang apabila bersekolah kembali pada tahun depan, maklumlah si bongsu bersekolah di SJK (C), jadi memang kena pakai seluar pendek atas lutut. Sekolahnya pula tidak mahu terima pengesahan dari doktor di klinik swasta. 


Petang ini Amie sediakan hidangan malam dengan lauk-pauk termasuk Petola Masak Lemak, Sambal Mangga dan Ikan Belanak Goreng. Habis licin Petola Masak Lemak dengan Ikan Belanak Goreng! 

Resepi : Petola Masak Lemak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji petola - buang kulit dan potong ikut citarasa
1 cawan santan pekat
1 cawan air
10 ekor udang kertas - bersihkan dan belah belakang
1 biji kentang - kupas dan potong wedges
1 batang lobak merah - buang kulit dan potong ikut suka
2 papan petai - buang kulit
1 biji cili merah - hiris kasar
1 biji cili hijau - hiris kasar
3 biji bawang putih - pecahkan dan cincang
1/2 labu bawang besar - cincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
minyak
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan layu.
2. Masukkan serai, cili merah dan cili hijau, udang, kentang dan lobak. Kacau rata.
3. Tambah secawan air dan tutup kuali.
4. Apabila kentang telah empuk, masukkan santan pekat, dan serbuk kunyit.
5. Apabila kuah mula mendidih masukkan petola dan petai. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
6. Tambahkan garam / perasa pilihan jika petola dan petai telah berubah warna.
7. Tutup api.



Nampaknya anak-anak menggemari kentang dan kuah lemak! Licin habis kuahnya sekali!



Pelengkap hidangan kami sekeluarga: Semangkuk Petola Masak Lemak dengan 6 keping ikan belanak goreng daripada 3 ekor dipotong 2, dan Sambal Mangga.
Jumpa lagi...

13 ulasan:

lyza berkata...

Assalamualaikum..

Huiii sambal mangga...perghhh kena plak ngn ikan goreng nasik panas2.. memang la tak nampak dah orang kiri kanan.. hehehe

FnF Simple Life berkata...

sgt menyelerakan kak...sedapnye

rahel berkata...

Kalau Kak Amie yang masak konfirm licin gua kerjakan...menyelerakan banget...

makchaq berkata...

Sedapnya nampak.. Ikan belanak kalau baru.. Manis rasanya kan..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Sedapnya masakan kampung. Kak ros pun malam ni masak sayur lemak, sambal belacan(tak dok belacan punggg)dan goreng ikan kering.Puhhh....selera sungguh makan.

whitecappuccino berkata...

terliur udang dgn petai tuuuu!

ummiross berkata...

Amie..tengok sambal mangga tu pun dah kecur air liur, kena pulak dengan sayur lemak dan ikan belanak, tiba2 lapor pulak ummi ni, hik!

Rohah berkata...

cukup2 menyelerakan kak...

mama sara nur berkata...

assalam k.Amie
alahai ramainya q kan
pehhh sedapnye laukpauk k.amie tayang...

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..tak tahan tgk petai dgn udang tu..sedapnyaa

Izan Ishak berkata...

sedap2 semuanya tu kak amie. terliur izan dibuatnya!

ilahjy berkata...

salam amie lama kak tak masuk komen dapo amie..sbb ada masalh nak komen guna chroome.. la ni kak ilah guna mozila pula.. huhuu.. buat kak ilah terliur jer tgok lauk pauk ni..hehe sedap tau ikan belanak tuu kak suka mkn masa lepas goreng

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. terbaik laa lauk nih! terasa suasana kampung. hihi