Makan Tengah Hari di Restoran Chef Ismail - Rebung 2 Putrajaya
11:46 PGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 04 Januari 2026 - Ahad.
Pesawat Air Arabia dari Dubai ke Kuala Lumpur mendarat agak lewat dari yang dijadualkan, sepatutnya pada pukul 08:40 pagi.
Anak-anak sudah menunggu di KLIA1. Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah dari Perak, Fuad dari Johor dan tak sangka pula Fairuz buat kejutan terbang dari Sabah untuk sambut kepulangan kami!
Seperti biasa, Abang Farid sudah uruskan sewa kereta dan penginapan untuk kami. Perkara pertama yang kami lakukan pada tengah hari Ahad itu sudah tentulah mencari tempat makan. Jadi, Kami berlapan menuju ke Restoran Chef Ismail - Rebung 2 yang terletak di Putrajaya.
| Restoran Rebung 2 |
Muka orang kepenatan, baru balik dari jalan-jalan cari penat. Di sebelah kita, budak yang suka buat kejutan - tiba-tiba ada di KLIA1!
Fuad tukang urus makan di sini. Makan tengah hari cara buffet dengan bayaran sebanyak RM53.00 seorang. Kalau tak silaplah.... ahaks!
Video makan tengah hari sekeluarga di Restoran Chef Ismail - Rebung 2
Sebenarnya tak puas hati makan di sini sebab tak sempat nak rasa banyak menu.... ahaks! Masalahnya, semuanya sedap belaka. Jadi, makan serba sedikit untuk rasa-rasa. Memang jika ada kesempatan hendak datang lagi, hendak merasa semua lauk-pauk kampung yang enak-enak!
Tak tahulah apa yang anak-anak makan, tapi Amie tolak nasi sebab hendak makan:
- Soto Ayam
- Laksa Asam
- Sup Tulang
- Lauk-pauk lain
Soto Ayam memang sedap sangat. Hendak tambah lagi takut perut tak muat, tapi sebenarnya risau tak ada ruang untuk makanan lain! Sup Tulang pun sedap... ahs, semua sedaplah!
| Asam Pedas Ikan Pari |
Walaupun tak makan nasi, tapi meratah juga Asam Pedas Ikan Pari dan Tempoyak Ikan Patin. Lauk lain yang semuanya nampak sedap itu, harapnya lain kali adalah peluang datang lagi untuk merasa.
| Tempoyak Ikan Patin |
| Pulut Serawa Durian |
Banyaklah pilihan pencuci mulut termasuk kuih-muih tapi kita hanya makan pulut serawa durian sahaja. Perut sudah tak dapat menampung pelbagai jenis makanan lain.
| Teh 0 |
Teh 0 panas pun sedap! 2 cawan kita minum! Agaknya 10 hari di negara orang, macam rindu betul hendak makan minum di negara sendiri.
3 comments
Lama akak berkelana di negara orang kan..10 hari tu....balik mesti rindu masakan Malaysia
BalasPadamRebung 1 kat Tasik perdana dah pernah pergi. Makanan dia memang sedap. Ni yang dekat kat putrajaya belum lagi jengah. Nanti lah tenguk amie yang jauh dah sampai kita yang dekat tak mencemar duli lagi. Ahaksss.
BalasPadamOh Restoran Rebung ni buffet style. Ingat hidang. Kalau buffet memang makan sikit2 jela nak rasa semua.
BalasPadam