Bismillahirrahmanirrahim.Apa khabar rakan-rakan blogger.Rindu rasanya hendak berblogging setelah berhibernasi buat seketika dari dunia maya. Selamat bertemu kembali dan marilah sama-sama terus memeriahkan rumah kita. Terima kasih buat semua yang sudi berkunjung dan bertanya khabar menerusi emel.September ini, banyak ceritanya tetapi kita ambil yang baik-baik saja supaya terus menjadi bekal kegembiraan untuk menyambut bulan Oktober. Dalam entri September setiap tahun sudah semestinya Amie catatkan kenangan...
Bismillahirrahmanirrahim.Akhir-akhir ini terasa beban menoreh yang tiada rehatnya. Tiada erti cuti pada hari Sabtu, dilanggar untuk terus menoreh pada hari Ahad dan cuti peristiwa pun terpaksa laksanakan pelbagai program yang entah apa-apa. Bahkan cuti umum 31 Ogos pun kena turun bekerja sebagai Penoreh Yang Menjalankan Amanah.Hendak meluah pun nanti orang kata mengada-ngada.Simpan sajalah dalam hati selagi mampu dan harap tidaklah sampai pecah dada!Yang...
~Jalan-Jalan Cari Makan
Singgah Makan Tengah Hari dan Makan Ais Krim di R&R Arah Utara Gunung Semanggol
Bismillahirrahmanirrahim.Setelah tiga hari berada di rumah Bonda, kami minta izin untuk mengunjungi Fuad di Jelutong, Pulau Pinang. Kali ini Abang Farid turut serta bersama kami. Encik Suami pun duduklah di sebelah sebab Abang Farid yang memandu. Kami singgah di R&R Arah Utara Gunung Semanggol untuk makan tengah hari.Makan tengah hari di R&R Gunung Semanggol.Firdaus baca doa sebelum kami tinggalkan rumah Bonda.Lebih kurang pukul...
Bismillahirrahmanirrahim.Kita cadang hendak olah ikan kering kurau masak lemak dengan labu kuning. Wak Niah pula sudah petik bunga dan pucuk betik. Masaklah kedua-duanya. Ikannya pula, kita pilih dua jenis iaitu ikan terubuk dan ikan tilapia. Kita bungkus ikan terubuk dengan daun pisang dan panggang dalam kuali. Ikan tilapia hitam pula kita goreng saja dengan sirip dan ekornya sekali. Kalau goreng garing, bolehlah ratah...
Bismillahirrahmanirrahim.Seronok sungguhlah dapat balik kampung dan sempat pula jalan-jalan ke pasar minggu di Sungai Buluh, Jeram. Penuh bonet kereta dan bahagian tempat duduk dalam dengan pelbagai jenis anak benih pokok sampai Firdaus terpaksa duduk di celah-celahnya. Apa tidaknya, kami borong enam pokok anak benih kelapa matag yang sudah berdaun. Tak cukup pokok kelapa, borong sekali pokok petai, pokok limau bali, pokok belimbing besi,...
Bismillahirrahmanirrahim.Kalau hendak balik kampung, kami ada beberapa pilihan jalan udara. Kalau bajet besar bolehlah naik MASWings dari LD ke Kota Kinabalu. Kemudian sambung terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur samada naik pesawat MAS atau AirAsia. Boleh juga melalui penerbangan Sandakan ke Kuala Lumpur, tetapi itu pilihan terakhir bagi kami kerana perjalanan darat dari LD ke Sandakan agak jauh berbanding perjalanan LD ke...
Bismillahirrahmanirrahim.Cerita dua hari lepas. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, mulalah cari pasal hendak cari makan di luar. Balik rumah boleh terus berehat. Maka singgahlah kami sepasang merpati yang sudah berumur senja ke Bandar Sri Perdana. Hendak isi perut tidaklah cerewet sangat memilih makanan. Walaupun untuk makan tengah hari, apa-apa sahaja yang mengenyangkan kira sudah cukuplah. Tak perlu mencari nasi dan lauk-pauk.Jom kita santai-santai...