Sumber: Kumpulan Ucapan Selamat Tahun Baru 2022 ...
Pada 15 Disember 2021 lepas, Amie paparkan entri CUTI-CUTI SABAH, dan Amie tinggalkan pesanan : Kita akan tutup dapur maya ini buat sementara waktu. Sehingga kita bertemu lagi, kawan-kawan bolehlah teka daerah mana kita akan pergi. Jawapannya mestilah daerah-daerah yang belum pernah kita jelajahi sebelum ini. Boleh jawab sehingga 3 daerah. Mana tahu ada satu daerah yang betul? Nanti kita cari oleh-oleh dari...
Sekembalinya dari jalan-jalan selama 10 hari, jiran sebelah rumah hulurkan bungkusan. Amie sudah pesan dengan penghantar bungkusan (runner) supaya serahkan kiriman kepada jiran sepanjang ketiadaan kami. Alhamdulillah. Kiriman dari BLOGGER PARIDAH ISHAK telah sampai dengan selamatnya. Rasa terharu sangat sebab ini merupakan kiriman kali kedua (kiriman pertama hilang tanpa berita). Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha gigih dan keikhlasan Kak PI memastikan kiriman kali...
Assalamualaikum.Jumpa lagi setelah agak lama menghilangkan diri.Jom cuci mata hari terakhir jalan-jalan di Sabah. Amie paparkan suasana senja di Pantai Rampayan Laut, Kota Belud. Sudah tentu Firdaus paling seronok ketika ini kerana dapat bersama kakak ipar kesayangannya.Entri kali ini sekadar panaskan enjin sahaja.Jumpa lagi dalam entri seterusnya.Rindunya nak kunjung ziarah ke rumah rakan semua! ...
Jumpa lagi rakan-rakan maya.Rindu nak kunjung ziarah seperti dulu-dulu.Sayangnya rutin harian kita pun kelam-kabut macam tongkang pecah.Kepala asyik serabut dengan banyak kerja yang belum siap, yang sengaja kita lambat-lambatkan. Kan cari pasal namanya itu?Kita rasa, kita perlu rehatkan diri dan tenangkan minda buat seketika.Kita nak jalan-jalan melihat hijaunya hutan dan birunya lautan.Harap apabila pulang ke LD nanti, dapat susun semula rutin kehidupan yang...
Minggu terakhir sesi persekolahan 2021, dapat khabar dua orang rakan kami dapat berpindah ke Malaya. Dalam kalut-kalut menyiapkan pelbagai tugasan, akhirnya pengerusi kelab guru putuskan untuk mengadakan annual dinner kecil-kecil ala-ala kampung pada hari Jumaat malam Sabtu untuk meraikan mereka. Kami dikehendaki membawa hadiah berupa barangan dapur dengan harga minima RM20. Untuk merealisasikan tema ala-ala kampung, kami juga dikehendaki memakai pakaian orang kampung. Kita...
Segama ATV Park mengadakan promosi 50% harga mulai 27 November sehingga 26 Disember 2021. Kawan-kawan baik kita ajak ikut serta sementara harga promosi masih dibuka. Kita kata, banyak kerja belum siap. Laporan itu dan laporan ini perlu dihantar. Kawan-kawan kita kata kalau difikirkan kerja sampai bersara pun tak akan siap!Jadi kami pun sepakat untuk beraktiviti pada sebelah petang. Oleh kerana agak tergesa-gesa kita...
Beberapa hari lepas , sewaktu buka freezer untuk keluarkan daging ayam tiba-tiba terbau aroma pandan. Rupanya Encik Suami masukkan sebungkus besar kuih kocong frozen. Katanya, anak buah beli dari Kota Kinabalu. Kalau nak makan, hanya perlu kukus sahaja. Oleh kerana jumlahnya agak banyak untuk sekali makan, jadi Amie bahagi dua. Separuh Amie kukus untuk sarapan pagi dan separuh lagi keesokan harinya Amie kukus...
Cerita minggu lepas, hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 3 Disember 2021.Acara : Makan malam sempena persaraan kakak ipar.Tempat : Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat.Masa: 7:00 - 8:30 malam.Kakak ipar kita bersara wajib pada Oktober 2020. Hasrat hatinya ingin belanja adik-beradik dan ipar-ipar makan malam, tetapi tarikh dan tempat makan asyik tertangguh disebabkan PKP. Cadangan tempat luar dari Lahad Datu seperti Tawau, Sandakan atau...