Sesekali singgah di warung bersama teman-teman menikmati coto makasar tentu seronok! Selesai menghadiri kursus, kami sepakat menuju ke Jalan Dam, parking di depan Warung Coto Makassar. Sebelum ini pernah beberapa kali datang bersama teman-teman, juga sekali-sekala dating dengan Encik Suami tapi tak pernah didokumentasikan..... ha ha haaa ...formalnya perkataan!
Memang rindu sangat nak makan coto @soto makassar. Sasaran kami nak makan soto yang isinya perut, tapi sayangnya perut sudah habis. Yang tinggal hanya daging dan ayam sahaja. Okey laaa... bolehlah juga tu. Coto Makassar atau Coto Mangkasara ini sebenarnya menu tradisi yang berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan. Bahan utama Coto Makasar biasanya terdiri daripada perut dan daging sapi yang direbus hingga empuk dan kemudian dihiris-hiris. Ada yang sukan dengan buras, dan ada juga yang makan coto ini dengan mee hoon.
Tak ada perut (dan organ dalaman lembu), hentam sajalah untuk isi perut yang lapar...
Bila mangkuk coto kami sampai memang tak nampak isinya sebab dipenuhi dengan kuahnya yang pekat berkacang, tapi kalau nak tengok isinya bolehlah selak sedikit dengan sudu macam di atas tu... Semangkuk coto berharga RM5.00.
Jom kita nikmati dengan buras. Nampak tak bungkusan daun pisang yang berdakap di atas tu? Itulah buras. Isinya seperti di bawah ini.
Sebiji buras seperti di atas tu harganya 50 sen. Biasanya kita makan dua biji @ dua keping!
Potong-potong dengan sudu dan masukkan dalam mangkuk coto.
Nak lebih sedap, tambahkan perahan jus limau kasturi dan lada@cili@sambal.
Ini antara gang jalan-jalan cari makan yang terlewat sampai.... He he hee... Za Fauzan tu baru pertama kali makan coto makasar! Okey tak Fauzan? Dah selalu makan laksam, sesekali menyoto pulak di sini ye.
Cukuplah sekadar alas perut untuk tengahari.
Tak banyak gerai Coto Makassar di Lahad Datu berbanding dahulu. Kalau nak makan memang kami akan datang ke sini. Di tempat lain memang ada, kalau rajin cari tapi setakat ini kami suka hidangan coto di sini.