Nostalgia masa lalu tentang buah markisa. Kami, orang kampung panggil buah susu. Rasanya masam manis kalau dah masak. Zaman kanak-kanak dulu, kami selalu meredah kebun! Biasanya buah susu ini kami jumpa ketika memungut buah timun tikus! Cerita pasal timun tikus, tak tahu nak tunjuk macamana sebab dah tak pernah jumpa buah itu lagi! Berbalik kisah buah susu ini, tak sangka pula, dah naik...
Moga kita lebih memahami erti pengorbanan yang sebenar! Moga kita lebih memahami erti pengorbanan yang sebenar! ...
Jom kita kenal-kenal dengan resepi dari negara jiran, terutamanya hidangan untuk sajian hari raya, tidak kiralah samada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidil Adha. Salah satu hidangan istimewa di negara jiran kita ialah Sambal Hati. Hati yang dimaksudkan ialah hati lembu, atau jika tidak mahu gunakan hati lembu, boleh gunakan hati ayam dan juga mempedal ayam. Sudah tentunya hidangan ini mempunyai keistimewaan...
Hari ini.... Kita ketawa sorang-sorang di dapur! Kita tangkap gambar Kek Hati Pari Versi II ini sambil senyum tak sudah.... Alkisahnya begini: Pada 16 September 2015 sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, kita merajinkan diri buat adunan Kek Hati Pari @ Parek versi yang berbeza dengan yang sebelumnya DI SINI. Dah selesai mengukus, kita pun letaklah kek tadi dalam bekas tertutup dan ketepikannya...
Selamat pagi kawan-kawan. Semoga hari ini dipenuhi dengan keceriaan. Esok, lusa kita akan menyambut Aidil Adha. Selain mendoakan agar jemaah dari negara kita mendapat haji yang mabrur di tanah suci, jangan lupa mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat korban. In shaa Allah, setiap pengorbanan yang kita lakukan dengan niat ikhlas akan mendapat ganjaran berlipatganda dari-Nya. Amin. Cerita tentang Aidil Adha, kita tidak dapat...
Suatu ketika dulu Amie pernah rasa kecewa sebab setiap kali mencuba resepi Udang Goreng Butter, asyik tak menjadi! Baca berulang kali resepi dalam majalah dan sebagainya, ada saja yang tak betulnya. Lepas tu... dengan rasa menyampah tak mahu lagi memikirkan Udang Goreng Butter dari dapur sendiri. Tapi, dengan rasa aneh terus selalu menikmatinya di hotel, di restoran atau pun di gerai makan. Rasa...
Selamat berhujung minggu kawan-kawan! Hari ini memang banyak cerita tapi nak ringkaskan saja. Pertama, Kita masak Nasi Oren, resepi yang dah lama kita tak masak. Dulu pernah masak, ada DI SINI. Nasi Oren dengan Ayam Lemon Madu. Kali ini tak masak ayam, sebaliknya gantikan dengan daging. Mulanya nak gandingkan Nasi Oren dengan Udang Goreng Butter tapi semalam dah makan 'seafood' di luar sempena...
Sebut tentang nasi lemak....siapa yang tak pernah dengar, siapa tak tak pernah lihat dan siapa yang tak pernah makan? Kalau ada yang tak pernah dengar.... sudah tentu ada sesuatu yang tak kena dengan individu itu .... ahaks! Kalau ke Singapura, ada nasi lemak Singapura, ke Indonesia pun ada nasi lemaknya, bahkan ke Brunei pun pasti akan ditemui menu warisan tradisional Melayu yang istimewa...
Entri Amie kali ini.... Sup Tulang Rusa Dengan Akar Teratai. Tak bubuh akar teratai pun tak apa. Boleh bubuh benda lain, kentang ke, betik mengkal ke...labu kundur ke... apa-apalah yang sedap di mata dan sedap di tekak....ahaks! Tergoda tak dengan sup tulang rusa kat atas tu? He he hee... gear box you! Tu yang rebut-rebut nak makan lelemaknya....mmmm ternak kolestrol lagi! Jom tengok...