ADSENSE

Khamis, 31 Mei 2018

Sambal Goreng Daging (Daging Sekilo Bawang Sekilo)

Masih ingat tak lagi resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo yang pernah Amie kongsikan beberapa kali di dapur maya ini? Boleh klik: Di SINI, DI SINIDI SINI dan DI SINI.
Petang kelmarin Amie sempat masak menu ini, dan kali ini Amie namakan sebagai Sambal Goreng Daging. Beberapa tahun lalu (lupa tahun) Amie berpeluang bersembang dalam FB dengan tuan punya resepi asal, Puan Imelda Shahriah Ishak tentang resepi ini. Amie minta nama sebenar 'Bawang Sekilo Bawang Sekilo'  tersebut. Katanya, nama resepi itu Sambal Goreng, jadi Amie tambahkan 'Daging' supaya lebih khusus. Sekali lagi, terima kasih buat Imelda, sebab resepi sambal goreng yang ditinggalkan ini menjadi masakan yang sangat digemari terutama menjelang bulan puasa atau hari raya. Sambal Goreng Daging ini sedap sangat dinikmati bersama ketupat atau nasi himpit!




Bahan-bahan:
1 kg daging - potong kecil-kecil
600ml  santan cair
200ml santan pekat
5 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 kg bawang besar - hiris kasar
15 biji cili merah - hiris nipis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil pati asam jawa
garam & gula / perasa pilihan
3/4 cawan minyak


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging dan bawang layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
8. Sambal Goreng Daging / Daging Sekilo Bawang Sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.

Memasak dengan diiringi rasa sabar dan penuh kasih sayang akan menghasilkan hidangan yang sungguh enak, terutama buat keluarga tersayang!

 Selamat mencuba!

4 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalamualaikum kak amie.
Ya Allah rindunya dgn DSBS ni.. lama x mkn sejak cik asben kena go out ni huhuuu

notie berkata...

Patutlah sedap kalau bawang merah je dah sekilo...macam rendang tapi namanya sambal goreng pulak

Dari Borneo berkata...

salam Amie,agaknya kalau daging lebih dr sekilo, bawang pun lebih dr sekilo. kiranya, jumlah bawang ikut sebanyak daging. Mcm tu ke?

Amie berkata...

Lina,
waalaikumussalam... lama juga saya tak buat BSDS ni...sekali buat, habis anak-anak buat kenduri!

Notie,
tuan punya resepi asal bagi nama begitu, sambal goreng daging.


Dari Borneo,
betul tu, ikut sukatan, kalau daging 2 kg, bawang pun 2 kg. bawang tu nanti hancur lunyai jadi kuah.