ADSENSE

Selasa, 15 Ogos 2017

Nasi Ganja Lagi!

Baru tiga atau empat hari lepas masak Nasi Ganja, hari ini masak lagi! Kalau sebelum ini Amie masak Nasi Ganja berlaukkan ayam goreng dan kuah kari mamak, kali ini Amie berlauk kari kambing pulak! 
Entah di mana sedapnya! Rasa nasinya pun memang dah cukup sedap!


Amie masih gunakan resepi asal Nasi Ganja olahan Ida Shahida NASI GANJA. Bagaimanapun sekali lagi Amie ubah sedikit bahannya. Amie kurangkan penggunaan sos cili daripada 6 sudu besar kepada 3 sudu besar sahaja. 
Bahan-bahan:
3 cawan beras bashmati - cuci bersih dan toskan
4 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 biji bawang putih*
8 biji bawang merah *
3 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 bungkus kecil serbuk rempah Sup Adabi*
beberapa titis pewarna kuning telur
6 sudu besar sos cili Maggie - Amie kurangkan menjadi 3 sudu besar
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
1. Tekan butang on pada rice cooker. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair / panas.
2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.
4. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau sekali dua supaya sekata dan kemudian tutup periuk sehinggalah nasi tanak.

Resipi di bawah ini Amie belajar dari ibu mertua adik Amie, Che Jah. Terima kasih Che Jah.

Bahan-bahan:
700 gram lamb
3 biji kentang - belah 4
4 sudu besar serbuk rempah kari daging
200 ml santan
2 pelepah daun kari - lurutkan
sehelai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
3 ulas bawang putih 
5 biji bawang merah
10 tangkai cili kering - buang biji dan rendam hingga lembut

Cara:
1. Rebus daging  bersama rempah kari sehingga lembut.
2. Setelah daging empuk, masukkan kentang.
3. Masukkan santan setelah kentang empuk.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
5. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak dan kemudian masukkan daun kari.
7. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk daging.
8. Gaul sebati, masukkan daun pandan dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

 Kalau lepas ni nak masak lagi Nasi Ganja, memang tak tahulah nak kata apa!

3 ulasan:

Phong Hong berkata...

Amie, betul-betul ganja lah ni. Ketagih! Teruja PH nak cepat2 cuba resipi ni :)

FHA Selemak Santan berkata...

Kalau makan.. kena senyap-senyap. Takut Pak Polisi datang join susah nanti

Eiryz Eilyz berkata...

sedapnya. kena try nih! terima kasih untuk resepi.