ADSENSE

Khamis, 26 Disember 2013

Nasi Goreng Pedas Petai & Kopi Tenom

Pagi ini Encik Suami lewat sedikit pergi kerja. Kami berganti-ganti urus Firdaus. Maklumlah.... bila demam begini, manjanya bukan main lagi.
Bila Amie ke dapur terbau bawang! Rupanya Encik Suami sedang potong bawang besar. Katanya nak buat nasi goreng. Baru Amie teringat ada lebihan nasi, sebab Fuad & Fairuz tidak makan di rumah malam tadi. Dua-duanya bersama sepupu mereka tidur di rumah kakak ipar.


Amie ambil alih pisau dari tangan Encik Suami. Encik Suami pula yang dukung Firdaus. Pesan Encik Suami, buatkan secawan kopi untuknya. Diingatkannya lagi.... gunakan Kopi Tenom! Maklumlah kalau bab sedia sarapan ni memang Amie jarang buat sebab Encik Suami jarang bersarapan di rumah kecuali kalau hari-hari cuti. 


Ini Kopi Tenom... dari daerah Tenom, Sabah. Gunakan satu paket untuk 200 ml air panas. Rendam je bungkusan beberapa minit, tak payah bubuh gula.



Resepi : Nasi Goreng Petai
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
20 biji petai
7 ekor sotong cumi (sotong kecil) - bersihkan dan potong 2
1 cawan hirisan kobis
2 sudu makan sambal belacan
7 biji cili padi - hiris
perencah MAGGI Cukup Rasa secukupnya
minyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering (renda hingga kembang dan toskan)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan sambal belacan dan goreng lagi hingga sebati.
3. Tambahkan sotong, petai dan hirisan kobis. Gaul lagi.
4. Masukkan nasi putih. 
5. Kacau rata. Masukkan hirisan cili padi dan perasakan dengan perencah MAGGI Cukup Rasa.
6. Angkat dan hidangkan.



Sudahlah nasi goreng pedaaaassss...... ditambah pulak dengan kopi panas! Memang terangkat beb!



Pagi tadi Encik Suami terpaksa bantu Amie siapkan bujang kecik Firdaus. Dah siap mandi, makan bubur, menyusu dan makan ubat, barulah Encik Suami keluar pergi kerja. Sempat lagi Firdaus bye bye.... Encik Suami di depan pintu pagar.


Dukung Firdaus ambil vitamin D dari matahari pagi, tapi bila dia longgarkan kakinya nak gelongsor turun ke tanah Amie cepat-cepat bawa masuk ke dalam rumah. Layan main-main sekejap dah mula nampak layu matanya. Amie bagi susu cap gantung dan terus matanya lelap.... nampak lena sekali tidurnya. Moga cepat sembuh ye sayang Mummy.


7 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Sedapnya nasi goreng petai..
kalau buat ni mesti mama ngan abag jer yg makan..anak2 nanti pakat kutip buang petai tu.

Semoga Firdaus cepat sembuh ya kak amie..sian bucuk2 tu tak sihat

asyifa mustaffa berkata...

Sedapnya nasi goreng dgn petai...lama x mkn petai ni...sbb hafiz bf...takut angin plk kak...

azieazah berkata...

Saya tak pernah lagi buat Nasi Goreng campur petai. Selalunya campur mix vege or lain-lain sayur jer. Wahhh mesti wangi sakan Nasi Goreng tuh. Saya suka Nasi Goreng panas minum Teh O panas. Perhhh!

Wahhh Firdaus cepatnya dah besar. Macam baru jer kisah beranakkan dia.

izahdaut berkata...

Dak kecik tak sihat ye. Kdg2 bila dah kebah tu lagi nak bemanja berbanding time demam. Hehe..
Sedap srapn akk

Eellee Nana berkata...

sedap, nasi goreng petai
sebelum ni sy goreng nasi goreng petai campur dgn budu
ni boleh try resepi akak plak :)

didoakan firdaus bertambah sihat :)

Bicara Kak Noor berkata...

teruja tengok nasi goreng Amie yg ada pete tu sbb akak pencinta pete, alolo Firdaus sakit ke??semoga cepat baik ya doa maktok dari kejauhan

zila norazila berkata...

Nak mnja2 dgn mk dia la tu kak..sian firdaus .susut sikit dah. Nasi grg petai mmg sdap..