ADSENSE

Rabu, 11 Disember 2013

Kek Pisang Mentega Kacang Lagi....

Lamanya tak buat kek pisang!
Terakhir kali buat Kek Pisang Mentega Kacang DI SINI dan DI SINI. Kedua-duanya Amie gunakan pisang tanduk!



Kali ini Amie tak gunakan pisang tanduk lagi, sebaliknya Amie gunakan pisang berangan.



Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang berangan - selepas dilecek lebih kurang 1 1/2 cawan
4 sudu makan mentega kacang halus
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung 
4 biji telur 
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam

Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.



Di bawah ini Amie paparkan Kek Pisang Mentega Kacang dengan menggunakan pisang tanduk. Ada beza tak dengan Kek Pisang Mentega Kacang yang gunakan pisang berangan?


Amie rasa warna pisang turut mempengaruhi hasil kejadiannya!


Jemput.... pilihlah mana yang berkenan di hati!

11 ulasan:

Kak Nik Ja berkata...

asssalam amie..mana lagi sedap?? dua2 KNJ nak bleh...chantk tekstur dia !

myda_ahmad berkata...

asalamualaikum kak amie....
suka tgk teksturnya yg lembut,kadang2 tu bila saya makan kek mesti belek2 dulu,...boleh ke saya buat jadi lembut cam tu?

mama sara nur berkata...

assalam
menariklah kek pisang mentega kacang
lemak2 fuhh sedap ni
cp resepi ye k amie he hee

Sury Abil berkata...

Salam kak amie..lamanya dh buat kek pisang..kebetulan tadi ada beli pisang emas n pisang berangan...blh lh cuba resepi kak amie ni..sury cp rspnya ya..tq :-D

zila norazila berkata...

Mesti sedap sbb ada penut butter..wangi je time bkr kn kak.

Kerull Nazeem berkata...

Salam kak Amie..Hujan2 ni sedap makan kek pisang mentega kacang ni panas2..hu hu kena ngan tea cameron highland..memang layan

LiNa_Pg berkata...

Wow..sedapnya kek pisang nampak lembut n moist sangat...versi banyak pisang ni..sedapnya wat minum petang

ummiross berkata...

Amie..ummi singgah nak breakfast kek pisang, kopi secawan!!

izan mama mia berkata...

wah menariknya..rupa kek pisang itu

✿ pink velvet ✿ berkata...

wahhh.. mcm sedap je ni :)

HomeKreation berkata...

Aslmkm. Masuk list ni Amie! TQ