ADSENSE

Selasa, 20 Ogos 2013

Gulai Nanas Ikan Masin : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (PERAK MONTH)


Sedapnya makan nasi panas dengan Gulai Nanas Ikan Masin! Terlupa lauk-lauk yang lain!


Resepi : Gulai Nanas Ikan Masin
Sumber : Majalah RASA Edisi Mei 2012 : Lauk Tradisi Kenduri Perak

Bahan-bahan:
300 gram ikan talang masin (ikan masin lain pun boleh) - dipotong nipis
200 gram nanas - potong dadu
1/2 kg santan - Amie gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat)
1 batang serai - dititik
serbuk kunyit secukupnya
garam / gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
10 biji cili padi
1 labu bawang besar

Cara:
1. Masukkan santan cair ke dalam periuk Campurkan sebati serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk.
2. Masukkan ikan masin dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu.
3. Tuangkan santan pekat, garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.




I am submitting this post to  Malaysian Food Festival  Perak Month hosted by Wendyinkk of Table for 2....or More




6 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie,bestnya menu dr negeri perak dah kuar.Kena dtg umah Amie hari2 nih....juadah yg penuh nostalgia,Arwah mak selalu msk ni...

Bbwana adienia berkata...

meleleh air liur tengok gulai kak amie ni..

Delima Zamrud berkata...

Ermm dah lama D5 tak masak masak lemak nie fuhhh mmg sedap xyah lauk lain yg nie pun dah cukup dah kan Amie :)

Asyifa Mustaffa berkata...

Mmg sedap gulai ni k.amie...sy mmg suka sngt2 ni...g

Gee® berkata...

Subhanallah... nak menitik air lioq nengok gulai nanas... sedapnyaaa...!

ummiross berkata...

Aduyai tak tertahan tengok gulai nanas ikan masin ni, nak kidnap semangkuklah.