ADSENSE

Sabtu, 3 November 2012

Udang Masak Lemak Cili Padi & Ikan Gerut-Gerut Panggang

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua rakan pengunjung yang setia bertandang ke Amie's Little Kitchen. Hari ini Amie sempat sediakan  dua menu lauk makan tengahari kami sekeluarga. Amie olah Udang Masak Lemak Cili Padi, masuk sekali harung dengan petai dan sayur sawi pahit. Jadi tak perlu masak sayur lagi. Satu lagi menu ialah Ikan Gerut-Gerut Panggang. Pada mulany Amie hendak goreng ikan gerut-gerut dan tuang sos tetapi saiz ikan yang agak besar dan tak muat pula kuali kita untuk menampungnya, jadi Amie putuskan untuk memanggangnya dalam oven menggunakan aluminium foil. Habis cerita!


Resepi : Udang Masak Lemak Cili Padi
Idea dan Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
400 gram udang kertas - bersihkan dan belah belakang
5 papan petai - buang kulit
1 rumpun sayur sawi pahit - potong ikut suka dan pisahkan daun / batang
200ml santan pekat
1 batang seri - dititik
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 biji cili merah - belah 2
garam & perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan serai, serbuk kunyit dan pati asam jawa. Gaul rata.
3. Masukkan udang dan balik-balikkan sehingga udang bertukar warna.
4. Masukkan petai dan batang sayur sawi pahit. gaul seketika sehingga kedua-dua bahan ini berubah warna.
5. Masukkan santan pekat dan dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
6. Masukkan daun sayur sawi pahit, garam dan perasa pilihan. 
7. Setelah daun sayur sawi pahit bertukar warna, tutup api dapur.
8. Udang Masak Lemak Cili Padi sedia untuk dihidangkan.


Resepi : Ikan Gerut-Gerut Panggang
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan gerut-gerut seberat 800gram - bersihkan
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
aluminium foil secukupnya

Sambal Air Asam
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 biji tomato - kupas kulit dan potong dadu
sedikit belacan - jadikan serbuk
11 biji cili padi - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 sudu makan taucu manis
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 30ml air (jika suka boleh gantikan dengan perahan limau kasturi)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Lumurkan ikan gerut-gerut dengan pati asam jawa, serbuk kunyit dan garam.
2. Bungkus rapi di daam aluminium foil. Panggang dalam oven hingga masak.
3. Campurkan kesemua bahan untuk Sambal Air Asam.
4. Hidangkan Ikan Gerut-Gerut Panggang bersama Sambal Air Asam.


13 ulasan:

kasihredha berkata...

Salam amie.
Sedappppppppnyaaaaaa
Masak lemak udang tu...
Telan air liur Saya Kat sini

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie...tang udang yg mengintai2 tu yg tak tahan...maunya nambah2 nasik nih!

Amie berkata...

Kasih,
jemput makan....memang sedap!

Atie,
Amie tambah lauk Atie... nasi tak tambah he he hehh

laskar pelangi berkata...

Alahai udang masak lemak cili api yang mengiurkan.Rasa lapar lah..Campur keadaan cuaca yg hujan..Lapar je nih...Hihi

Asyifa Mustaffa berkata...

As salam kak...
menu kita sama la...masak lemak cili api udang...tp sy gaulkan dgn rebung...malas nak ambik gambar...dah selesai mkn pun....:)

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya udang msk bersama petai, mesti bertambah2 nasi, ikan geru2 tu rasa mcm tak pernah mkn la amie

Tihara berkata...

as salam

semua menu best2, sedapnya makan nasik kat sini :)

ummiross berkata...

Amie...kreatifnya, menu sihat tu, ada udang ada sayur, sodapnya!!!

Acik Erna berkata...

Assalam Amie..teringin nak makan ikan grut masak sup...masa dok Tanjung Karang je dapat beli..disini tak pernah jumpa ikan ni..
acik teringa ikan gerut2..ikan nyok2..semua tak pernah jumpa lagi dah

myda_ahmad berkata...

sedapnyer msk lemak udang dgn petai tu,kak amie.....buat saya terliuq je kat sini....

azieazah berkata...

Ikan Gerut Gerut tu cemana rupanya? Cencaru kah? Saya tak pernah sebut Ikan Gerut Gerut ni. Dlm gambar dah boh cili camtuh, ilang rupa sebenar pula. hehehe

Udang Masak Lemak tu sangatlah menggoda. Selama ni saya masak Udang camtuh campur Nenas!

cikmanggis berkata...

menu yang membuatkan Cm tambah nasi 3 kali tanpa toleh kiri dan kanan..sedapnya Amie!!

Shiela berkata...

pergghh.. Kombinasi yg Perfecto!