ADSENSE

Khamis, 29 November 2012

Singgang Telur & Ikan Tenggiri Dengan Nanas

Assalamualaikum. 
Petang tadi masak lauk ringkas saja. Ada kepingan ikan tenggiri dan potongan telurnya sekali. Masak rebus-rebus ala singgang tapi Amie bubuh kepingan nanas. Oleh kerana nanas sudah masak, jadi kuranglah rasa masamnya sebaliknya timbul rasa manis tapi sedap saja bila masuk tekak apalagi kuahnya! Hirup kuah yang masih hangat, baru puas hati! Oleh kerana sudah bubuh nanas, Amie tak bubuh asam keping. Yang membungkal bulat macam kubis bunga kena lumur kunyit di tepi tu...itulah telur ikan tenggiri yang terkejut menggelupur masuk periuk yang tengah mendidih airnya!


Resepi : Singgang Telur & Ikan Tenggiri Dengan Nanas
Olahan: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - belah 2
1/2 labu bawang besar - potong kasar
8 kepingan nanas
3 cawan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
beberapa hirisan lengkuas
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Letakkan periuk berisi air dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, nenas dan lengkuas ke dalam periuk.
2. Setelah air mendidih dan nanas layu, masukkan ikan tenggiri bersama telurnya, serbuk kunyit serta bawang besar.
3. Masak di antara 4- 5 minit.
4. Perasakan dengan garam atau perasa pilihan.
5. Jikan suka, bubuh potongan tomato dan lada merah.
6. Tutup api dapur.
7. Sedia untuk dihidang  semasa panas.

10 ulasan:

ummiross berkata...

Amie, kalau balik Terengganu, ummi selalu singgah satu kedai tu,menu special singgang telur ikan, ummi suka sangat, makan dengan sambal belacan dan ulam2. Ummi ambik telur je ye..

rahel berkata...

Kalau singgang ikan macam ni saya suka picit lada biji byk2...biar pedasssss

Ayu berkata...

Assalam Amie,
sedap lauk singgang macam ni..makan dgn sambal belacan pedas2 berpeluh2 kepedasan..slurppps...

Mel berkata...

Singgang ni suka kuahnya je. Ikannya biasanya hubby yang tolong perabih. Tak pernah pula letak nenas, boleh cuba ni ^^

Dede Thea berkata...

TERLIHAT LEZAT TUH IKAN TENGGIRI,WAJIB DI CUBA RESEPINYA,SALAM HANGAT AMIE

Nens Collection berkata...

bestnyerrr..ade budu lg sangkut ni..menambah makan nasik,,ehee

Amie berkata...

Ummiross,
silakan... telurnya saja tau hikhikk

Rahel,
gue tahu ini memang kesukaan lu Rahel he he ehhh...

Ayu,
waalaikumussalam... betul tu, memang kuar peluh, sihatttt....

Amie berkata...

Mel,
kuahnya memang sedap Mel, hirup panas!

Dede Thea,
ya.. silakan Pak Dede, menu sihat ini.

Nens,
alahai... budu ye... memang mantoppppss!

zila norazila berkata...

klu dh tak tau nk masak apa biasa zila buat singgang camnie jew kak amie..kena dgn nasi hangat..pastu wt sambal belacan..mkn ulam timun..pergghh x ingat kan..;))

Amie berkata...

Zila,
memang singgang ni menu evergreen, dulu, kini dan selamanya... sodap!