ADSENSE

Khamis, 25 Oktober 2012

Nasi Kambing Mandhi

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Aidil Adha pada hari esok. Amie sekeluarga tak balik kampung. Kami beraya seadanya di sini. Sebelum menjelang raya esok, Amie sudah siapkan hidangan Nasi Kambing Mandhi untuk seisi keluarga pada hari ini. Memang agak lama juga hendak memasak resepi ini tetapi tidak terbuat-buat. Akhirnya, terlaksana juga hasrat untuk memasaknya. Itu pun setelah berkali-kali membelek resepi, merujuk sana-sini termasuk blog masakan dan juga majalah masakan. maklumlah, kalau sepuluh yang dibelek, masih terdapat juga perbezaannya, dan Amie pun hampir tidak pasti mana satu resepi yang benar-benar asli ataupun yang sewaktu dengannya. Apa pun sempat juga Amie singgah melihat asal-usul Nasi Mandhi. Nasi Mandhi ialah sejenis nasi kukus atau nasi wap. Ada juga yang menggelarnya nasi kubur kerana asalnya dimasak dalam tanah menggunakan oven khas (Taboon in Yemeni) yang diperbuat daripada batu atau tanah liat dan ditutup rapat dengan bara api. Nasi Mandhi dikatakan berasal dari Yaman dan terkenal di seluruh negara Arab. Hidangan ini menjadi menu utama dalam majlis perkahwinan atau acara keramaian. Nasinya daripada beras panjang bermutu (Basmathi) yang dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dengan rempah tertentu. Nasi Mandhi dihidangkan bersama sos atau salsa tomato, serta sayur-sayuran dan jika dihidangkan bersama sup iaitu air rebusan ayam atau kambing dengan perahan lemon, dikatakan rasanya amat lazat! Keistimewaan Nasi Mandhi juga dikatakan terletak pada isi kambing biri-biri yang lembut!


Inilah Nasi Kambing Mandhi yang Amie hasilkan buat pertama kali dalam hidup! Untuk resepi Nasi Mandhi, Amie merujuk  ke dapur RESEPI RAIDAH yang katanya mempelajari resepi ini  dari blog rakannya yang tinggal di Riyadh. Barulah Amie faham mengapa Raidah 'mengasapkan' Nasi Mandhi dengan arang! Rupanya untuk aroma dalam nasi tersebut! Amie juga meneliti resepi yang diolah oleh lydia honey@myresepi.com dan mendapati beliau menyusun ayam atau daging di atas nasi dan kemudian 'mengasapkan' dengan bara arang dengan sedikit minyak zaitun. Amie cuba gabungkan kedua-dua resepi ini dan hasilnya memang sungguh menakjubkan! Namun begitu, ketika Amie memasukkan bara arang ke dalam periuk, Encik Suami berteriak! Ya Allah!!!... teriaknya. Apa yang Mummy buat tu???... ha ha ha ha... kita pun duduk menerangkan satu-satu mengapa kita buat begitu!


Gambar di atas sudah tentunya gambar Kambing Mandhi. Amie gunakan resepi daripada lydia honey@myresepi.com dan membuat sedikit penambahan mengikut resepi Kambing Mandhi dalam Majalah RASA keluaran Julai 2012.  Lydia menggunakan seekor ayam, tetapi Amie gunakan 1kg daging biri-biri. Setelah merebus daging bebiri mengikut cara rebusan ayam Lydia, Amie toskan sebentar dan perap bersama saffron dan serbuk kunyit seperti dalam resepi Majalah RASA. Minta izin ye Lydia, dan maaf dipinta kerana membuat sedikit perubahan dalam resepi ini. Amie panjangkan resepi Lydia untuk tatapan rakan-rakan pengunjung yang lain.

Resepi : Kambing Mandhi
Sumber : lydia honey@myresepi.com & Majalah RASA Julai 2012
Olahan: Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 kg daging biri-biri - Amie potong lebih kurang 10cmx12cm setiap keping 
1/2 sudu teh ketumbar biji - tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis kasar - tumbuk
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 sudu teh All Spices
1 labu bawang besar- belah 4
7 ulas bawang putih - diketuk
3cm halia - diketuk
1-2 helai daun bay - Amie tak ada stok
1 sudu makan saffron - Amie rendam dalam 30ml air panas (Majalah RASA)
1 sudu makan serbuk kunyit (Majalah RASA)
garam secukup rasa - Amie tambah 1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
air secukupnya - Amie gunakan 1 liter air

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk / kuali.
2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali saffron dan serbuk kunyit.
3. Masak dengan api sederhana panas selama 1 jam setengah.
4. Keluarkan daging bebiri dan toskan. Ketepikan air rebusan daging bebiri untuk dijadikan sup.
5. Gaul daging bebiri dengan saffron dan juga serbuk kunyit. Jika kurang rasa, boleh tambah sedikit garam atau serbuk pati ayam.
6. Perap seketika dan bungkus di dalam foil kemudian bakar dalam ketuhar selama 1 jam. Mengikut Majalah RASA, daging hendaklah dibakar pada suhu 250'C tetapi Amie gunakan api sederhana panas sahaja.

Oleh kerana Amie hendak 'asapkan' daging bersama dengan nasi, jadi Amie sediakan terlebih dahulu menu kambing bebiri. Setelah daging bebiri berada dalam oven, barulah Amie merendam beras dan sementara menanti beras kembang, Amie membuat kerja-kerja menghiris bawang dan sebagainya. Jadi, sebaik sahaja nasi hampir kering, kambing bebiri sudah masak sempurna dan boleh dikeluarkan dari oven untuk 'diasapkan'.





Untuk Nasi Mandhi, Amie gunakan resepi Raidah sepenuhnya walaupun di 3/4 jalan, ada sedikit perubahan Amie lakukan semasa proses 'mengasap' dengan memasukkan Kambing Mandhi bersama! Terima kasih Raidah.... semasa Amie tumis rempah-rempahan Nasi Mandhi, Encik Suami yang sedang mencuci kereta menjengah ke dapur... katanya, bau tumisan sampai ke luar rumah ikut pintu dapur yang terbuka!

Resepi : Nasi Mandhi
Sumber : Resepi Raidah
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.



Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil.  (Pada masa inilah Amie susun kepingan daging bebiri). Masukkan 1 sudu minyak (Amie gunakan minyak zaitun) dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan aluminium foil bersama arang tadi - Amie juga keluarkan daging bebiri.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.




Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon

Amie terpengaruh dengan cili besar hijau, jadi Amie gunakan tomato tua (hijau kuning), jadi sos pun warna hijau!

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


Anak-anak tidak sabar untuk menikmati Nasi Kambing Mandhi! Amie pun kelam-kabut mengambil gambar.  Kata anak-anak, daging bebiri sangat lembut! Memanglah nak oiii.... Mummy rebus 1 jam setengah, lepas tu panggang pulak 1 jam lagi! Kata Encik Suami pula, sup (air rebusan kambing bebiri) sangat sedap! Hmmm... pendek kata semuanya sedap belaka! Lepas ni memang nak buat lagi, tapi nak gunakan ayam pula! Dengan kata lain, Amie cukup berpuas hati kerana dapat menghasilkan Nasi Kambing Mandhi yang enak dan amat lazat ini!

Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang resepi ini, Lydia & Raidah.


Sumber :
1.http://saifudin-mtb.blogspot.com/2012/09/restoran-mekah-juadah-ala-arab-di-alor.html
2.http://www.myresipi.com/top/detail/16996
3.http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html

21 ulasan:

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

As'kum Kak Amie cayangg... selamat Hari Raya Korban ya kak Amie... samalah kita tak kemana-mana raya ni... berkumpul di rumah adik ipar je esok selepas pulang solat raya..

Nasi Mandhi tu hadoiii sedap benor nampaknya.. sha tak pernah buat.. kalau teringin makan sahaja di resto Arab... ;) kecur dah ni.. sha masak ketupat dan rendang..siap dah.. tinggal ngap esok pagi hehee.. take care kak muahzzz

mamawana berkata...

Assalam

Tengok foto jer sudah terliur ...

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/10/salam-idil-adha.html

Temuk berkata...

As-salam AMIE
Ayah ucapkan untuk Amie sekeluarga, selamat menyambut hari raya eidul-adha. Semoga sihat semuanya dan bergembira berhariraya. Tentulah Amie ada masakan spesial untuk raya, mungkin guna daging korban, ya tak?

Nasi kambing mandhi itu sangatlah cantik rupanya berbanding dengan yang Ayah lihat dan makan di kedai Pak Arab. Tentu lebih "mandhi" untuk mengurangkan masalah "weteng ngelih".

azieazah berkata...

Salam AMIE..

Nasi kambing Mandhi! Ohh pernah rasa kat restoren Arab/Lebanese saja. Kompom daging tu lembut sampai boleh makan dengan sudu plastik saja...!

Selamat menyambut Aidil Adha AMIE, semoga raya kali ini lebih menggembirakan.

Delima Zamrud berkata...

Wahhhhhhhhhhhhh meriah nyer raya Amie sedap nyerrrrr tetiba rasa mau pi raya umah Amie lak teringin nk mkn nasi tu nampak menyelerakan sgt2.. Selamat hari raya Amie :D

Asyifa Mustaffa berkata...

Salam k.amie....
Cantik nmpk nasi tu.....bole lapar jdinya nie....

~~zana@pb~~ berkata...

Salam idul adha Amie, waaa....kalau dpt mkn nasi Amie ni.....gerenti tak lupa dlm ingatan..hehe.

rahel berkata...

Waw..sangat menarik nasi mandi ni Kak Amie...tentu banyak benda yg perlu disiapkan kan....boleh mkn byk kalau mcm ni...selamat hari raya aidiladha..

Tihara berkata...

as salam

sedapnye kak,presentation pun cantik sgt...salam aidil adha kak :)

kasihredha berkata...

Salam idul adha buat amie dan keluarga.
Nasi mandhi tu biasanya Saya mkn diluar je amie sebab x pandai nak buat.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat kak Amie sekeluarga.

Uish, tak tahan tengok set nasi mandhi bersama kambing ni! Suka tengok nasi panjang2 gitu. Boleh tahu, akak guna basmathi brand apa?

Sedapnye!

Amie berkata...

Waalaikumussalam Shahriah... selamat hari raya juga!
Di sini tak ada restoran jual masakan Arab, jadi kalau teringin kenalah usaha buat sendiri... he he he heh.

Mamawana,
waalaikumussalam... terimakasih sudi bertandang.

Ayah Temuk,
Waalaikumussalam.... sama-sama kita beraya ye Ayah. Pak Arab masak dalam kuantiti yang banyak, Amie masak sikit aje.... jadi adalah banyak masanya nak bagi make-up nasi tu... hikhikhikkk.

Amie berkata...

Azie,
memang dagingnya sangat lembut... maklumlah direbus 1 jam setengah, lepas tu dipanggang lagi....puas hati! Selamat hari raya juga Azie.

Delima,
silakan datang rumah Kak Amie... pintu sentiasa terbuka! Selamat hari raya Delima...

Asyifa,
terima kasih... jom jamu selera.

Amie berkata...

Zana,
alhamdulillah Zana... yang sedap tu masih tak dapat dilupa ye..

Rahel,
bahan yang digunakan biasa saja Rahel, cuma yang luar biasanya tu... time mengasapkan nasi... he he heh bubuh arang dengan minyak zaitun tu! Unik!

Tihara,
waalaikumussalam... jemput, selamat hari raya juga.

Amie berkata...

Kasih,
selamat hari raya...
tak ada restoran jual hidangan Arab di sini, jadi teringin nak makan, belajar buat pelan2...

Love2Cook Malaysia,
terima kasih.... Kak Amie guna beras Basmathi Extra Panjang PUSA GOLD.

Rohah berkata...

salam kak..
semalam baru sebut pasal kambing sbb teringin nak buat nasi macam ni lah..hari ni kuar pulak gambar yang menaikkan lagi selera aku..mana nak dapatkan sekilo kambing ni kak walaupun kat sini ada org jual kambing berekor ekor..

Kakzakie berkata...

Oh... sos dia macam tu buatnya Amie kakak tak tahu. Lain kali bolehlah kakak cuba.

Aidil-Adha masak apa pulaklah Amie nie kan..

makchaq berkata...

Salam Amie..
Nampak sedapnya nasik kambing mandhi ni.. terliur makchaq..

Makchaq selalu beli saja nasik ni kat kedai arab...

Hanis MY berkata...

huhuhu pengsan! sedap sgt nampak masakan kak ami ni

ummiross berkata...

Sedapnya, favourite ummi nasi mandhi ni Amie, kalau kat Mekah inilah hidangan yang ummi cari. Aduyai kecur air liur nengok kambing tu..

Sonya berkata...

assalamualaikum.....
salam kenal kak amie, setelah mencari cari resep nasi mandhy akhirnya saya sampai di blog mu, tks untuksharing resep ini. saya sonya dari Indonesia. cuma sayang, ada beberap kalimat dan kata yang saya kurang mengerti :) , boleh nanti saya tau dalam bahasa Indonesia nya apa? jika kakak tidak keberatan. terima kasih banyak atas resep nya :)

wassalamu'alaikum.....