ADSENSE

Rabu, 24 Oktober 2012

Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Assalamualaikum.
Selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Bagi yang pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Moga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke rumah sendiri. Sebelum raya menjelang sehari lagi, jom sama-sama kita ratah dulu Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas di bawah ini.


Yang suka meratah ketam tentulah anak-anak!


Resepi : Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1.5 kg ketam - bersihkan dan potong ikut cita rasa
1/2 biji nenas - kupas dan potong ikut suka
600ml santan cair
300ml santan pekat
1 batang serai - dititik
2 biji lada hijau - belah 2
4 biji bawang merah - tumbuk
20 biji cili padi - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Masukkan bawang merah, cili padi dan serai serta serbuk kunyit ke dalam periuk berisi santan cair.
2. Masukkan ketam dan kacau sekali-sekala sehingga kulit ketam berubah warna.
3. Masukkan nenas dan santan pekat, garam dan perasa pilihan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga ketam masak dan nenas menjadi layu.
5. Padamkan api, dan sedia untuk dihidangkan.




Amie suka ketam betina yang ada telur!



Tu dia.... yang kuning  oren di tengah isi ketam itulah telur yang Amie cari!

10 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Amie..mari kita tukar lauk malam ni ok.

mama sara nur berkata...

selamat hari raya korban k.Amie

amboi sgt tergoda sy tgk ketam malam2 ni, takleh jadi ni kenalah beli gak he he
smlm kat pasar malam dah hint2 en suami tu bila nampak ketam lama x makan tp bila dia tanya nak ke sy jawab tak yahlah esok2 lah he he kan dah menyesal ni tgk k.Amie punya
ketam kalu wat masak lemak atau berlado memang sedap kan

ibh_sue berkata...

Asslmkum.
Selamat hari raya Amie. Wah! Menu ketam msk lemak cili api tu mmg mengguda. ;D

mama aini berkata...

ehem..terliur tgk ketam lemak ni..
slm aidiladha buat amie.. :)

MulutPayau berkata...

anak2 suka ketam...tapi saya tak makan...tak pernah masak ketam kat rumah...hehehe

Qasey Honey berkata...

wow Kak Amie...meleleh air liur singgah ke sini...terbau2 spi kesini dh...sedapnya lauk ketam yg akak hidangkan tu...pasti nk cuba nti..nyum2..amik resepi ye kak...tq

zila norazila berkata...

ketam fav ank zila..ratah jew la kak kalau lauk camnie..mmg x leh wt lauk:))sedappp tu kak amie.

rahel berkata...

Wallawey....sedapnya ni ketam....konfirm ndak terlayan sudah nasi tu...

Ucu Faridah berkata...

Selamar h.raya korban kak...

sama le ucu ..tang telor kuning tu yg sedap....ini antara lauk yg plh malas ucu nk layan sebb anak2 nanti minta kita buangkn kulit...

tun_telani berkata...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! sedappppp!!!!!!!!!!!!!!!!!
sob sob.. nangis sbb tun allergic ketam :(