Jom buat popia salut dengan serbuk nestum dan horlicks. Sedap sungguh untuk kudap-kudapan nih! Teringat semasa tinggal di rumah sewa 15 tahun lalu, setiap kali hari raya, jiran depan rumah mesti hulur sebalang popia salut nestum! Bila dah pindah ke rumah sendiri, Amie sangka tak dapat merasa lagi kudapan enak tu. Rezeki Allah nak bagi, anak-anak jiran bersekolah di sekolah yang sama dengan...
Hari ini Encik Suami cuti sempena Pesta Kaamatan. Esok pun cuti lagi. Yuhuuuu! Amie pun ada teman untuk bersembang di rumah sepanjang dua hari ini. Masa pun banyak terluang sebab Encik Suami bantu bersihkan rumah. Kami sempat keluar berbelanja ke pasaraya dan juga pasar basah. Alhamdulillah, hasrat hati nak buat gado-gado untuk juadah berbuka tertunai juga. Gado-gado sangat terkenal di Lahad Datu, (umum...
Tiba-tiba terbaca kiriman nama Amie's Little Kitchen dari Feedspot Blog Reader. Bila Amie intai, inilah antara yang Amie dapat kongsikan : Top 50 Malaysia Food Blogs and Websites with Best Malaysia Recipes Malaysia Food Blogs List The Best Malaysia Food blogs from thousands of top Malaysia Food blogs in our index using search and social metrics. Data will be refreshed once a week. These...
Alhamdulillah. Syukur kepadanya kerana memberi kesempatan untuk kita melalui hari ketiga berpuasa dibulan Ramadhan. Moga hari-hari seterusnya badan bertambah selesa menjalani ibadat puasa di bulan mulia ini. Kali ini Amie hanya kongsikan resepi ringkas, tetapi sudah pastinya terasa begitu enak ketika dinikmati bersama keluarga di meja makan. Amie sempat sediakan ikan bakar dengan pencecahnya iaitu Sambal Cencaluk Belimbing Buluh. Alhamdulillah, walaupun Fuad dan...
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk kita menikmati hari ketiga berpuasa pada tahun ini. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh-Nya. Aamiin. Pada masa yang sama, eloklah kita terus amalkan sikap bersederhana dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga. Mudah-mudahan pembaziran dapat dielakkan di bulan mulia ini. Di kesempatan ini, Amie kongsikan resepi Lamb Masak Sos Lada Hitam. Memang enak...
Anak-anak dan Encik Suami tak cerewet tentang makan. Baik hari biasa atau hari berpuasa, apa yang dhidiangkan itulah yang mereka jamah. Yang agak pening kepala sudah tentulah kita, tukang masak tak bertauliah! Kadang-kadang tak tahu nak masak apa, terutama bila menjelang waktu bersahur. Amie perhatikan, Encik Suami suka makan sayur berkuah ketika bersahur, jadi sebelum masuk tidur, Amie akan renih sup menggunakan slow...
Selamat berpuasa buat semua rakan pengunjung yang menunaikan ibadat yang datang sebulan dalam setahun. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali di dapur maya. Sebenarnya semenjak dua menjak ini, tuan dapur agak sibuk tapi berusaha juga mencari masa untuk menjenguk dapur! Paparan resepi Soto Ayam ini sebenarnya menu kami berbuka puasa kelmarin. Tak sempat nak ambil gambar, maklumlah dah menjelang azan Maghrib barulah siap hidangan....
Orang kata, yang pahit itulah ubat! Benarkah? Nak cerita tentang bunga betik , tapi kalau nak tahu khasiatnya silalah berbual-bual dengan Pak Google...hiks! Sebelum ini Amie pernah kongsikan resepi bunga betik atau kembang kates (ikut bahasa Melayu Cocos). Bila memasuki keluarga sebelah Encik Suami barulah Amie 'belajar makan' bunga betik! Biasanya MIL olah bunga betik menjadi kerabu, ditambah dengan jantung pisang dan pucuk...
Fairuz sudah bertolak ke Kota Kinabalu awal pagi tadi bersama-sama rakan pengakap untuk mengikuti Perkhemahan Hari Belia di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Walaupun baru sembuh dari demam, tapi semangat untuk ikut berkehmah tetap berkobar-kobar! Tinggallah Fuad yang masih terbatuk-batuk! Setiap kali tiba waktu makan, jenuhlah kita dengan Encik Suami memanggilnya, memujuk jamah makanan! Untuk makan malam tadi, kami bawa Fuad dan Firdaus...