Setelah berusaha mencuba beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, akhirnya.... buat pertama kalinya Encik Suami mengakui Brengkes Ikan Belais yang Amie masak sama rasanya dengan hasil air tangan Allahyarhamah bondanya. Yuuhuuuu.... Amie sudah lulus melepasi tapisan keutuhan masakan Melayu Cocos! Wah! Bukan main seronok rasa hatiku! Lepas ni bolehlah lauk begini Amie jadikan hidangan kalau ada majlis keluarga di rumah kami....
Jom cuba resepi Itik Peking. Amie ubah suai dari resepi asalnya yang Amie salin dari katalog Tupperware.... entah bila masanya Amie salin, dah lupa! Bila dah siap panggang rasa seronok pulak melihat hasilnya... cuma ada sedikit penambahbaikan yang perlu Amie lakukan kalau nak cuba buat lagi pada masa akan datang.... maklumlah sambil memanggang, sibuk pulak siapkan tempahan Mango Casablanca. Amie sebenarnya dah tak...
Agaknya terkenang rambut lamanya.... ...
Nampaknya Amie terpaksa ringkas-ringkaskan entri... memang dah tak boleh nak berlama-lama di depan Mr Lappy. Nak jalan-jalan ke dapur kawan-kawan pun asyik tertangguh-tangguh. In shaa Allah ada kesempatan Amie akan jenguk juga. Bukan apa.... akhir-akhir ini astik sibuk memanjang! Tak dapatlah nak cerita satu persatu kesibukan itu di sini.... nanti tertunda lagi resepi-resepi yang banyak berderet dalam folder! Kali ini Amie kongsikan sekali...
Kali ini Amie cuba buat Otak-Otak udang Campur Ikan pulak. Amie buat tak berapa pedas, cuma gunakan 2 biji cili merah saja. Oleh sebab nak cepat sebab Encik Suami akan pulang dari kerja, dan terus bawa Amie pergi kampung ambil Firdaus jadi Amie pun bungkuslah besar-besar sikit! Amie gunakan 500 gram isi udang & 500 gram isi ikan (lebih kurang 200 gram isi...
Entah apa namanya ni.... sayur kacang bendi atau udang tumis dengan kacang bendi? Sebab... yang nak makan sayur Amie dengan Encik Suami, yang nak makan udang Fuad & Fairuz. Jadi.... masak sekali harung! Resepi : Kacang Bendi Tumis Dengan Udang Olahan : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 12 biji kacang bendi - cuci dan toskan - buang tampuk dan ekor - hiris ikut suka...
Biasanya kalau ada ikan layar Amie akan masak ikut resepi MIL (Cocos recipe), tapi sesekali nak juga derhaka.... he hehehe... nak tahu sedap tidaknya kalau masak cara lain. Anak-anak memang suka makan nasi kalau ada ikan masak taucu... jadi cubalah pulak resepi bubuh taucu. Sodap oooo... Penggemar tegar ikan layar... sudah tentulah Fuad! Masaklah apa pun.... berselera sekali dia menyuap! Resepi : Ikan...
Sesekali cuba buat bebola udang memang berbaloi-baloi! Rasanya.... ya ampun! Belum sempat pindahkan dari tempat tos minyak, anak-anak sudah copet berketul-ketul! Kononnya nak buat lauk makan nasi, tapi rupanya anak-anak tak sabar-sabar nak makan begitu saja! Sambil makan sambil bertanya... lain kali boleh tak Mummy buat lagi? Amie olah sendiri resepinya seperti di bawah ini: Resepi : Bebola Udang Olahan : Amie's Little...
Pagi tadi nak sarapan laksa di kantin tapi tak sempat. Kelas penuh berderet sampai tengahari. Hanya sempat kunyah dua keping biskut sambil tangan menulis itu dan ini dan minum air kosong yang dibawa dari rumah.... macam tak cukup tangan pulak bunyinya! Fuad pulak tak sabar nak balik rumah. Oh! Kerja-kerja sekolah masih berlambak... Buku latihan sudah berlonggok depan mata minta disemak. Kemas kini...
Nampak berselera sekali Fuad, Fairuz & Encik Suami makan nasi lauk Gulai Ikan Tongkol Dengan Nanas malam tadi. Amie pun terpaksalah angkat bakul berlubang untuk puji masakan sendiri ha hahahah...... Amie gunakan 3 biji bawang besar kisar dalam gulai ini. Tapi.... waktu menumis bahan perencah yang dikisar bersama bawang besar tu kenalah lama sikit hingga pecah minyak supaya bawang benar-benar masak, barulah timbul...
Selamat berhujung minggu! Sementara menunggu Fuad & Fairuz selesai mengikuti aktiviti kokurikulum (Amie sudah selesai beraktiviti bersama guru penasihat lain & ahli kumpulan), Amie ambil kesempatan untuk paparkan resepi Udang Galah Goreng Taucu hasil masakan kelmarin. Amie ingin kekalkan rasa segar udang galah. Jadi Amie putuskan untuk goreng begitu saja dan kemudian tumiskan sos taucu manis. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas tapi...
Oh! Rasanya lama sungguh tak kongsi resepi! Ringkaskan cerita.... sebenarnya sibuk dengan pelbagai tugasan! Kalau boleh nak suruh jarum jam lambat bergerak supaya peredaran masa tidak dirasakan begitu pantas berlalu! Namun, dapat juga kusiapkan hidangan Nasi Khabsa Kambing yang semerbak memenuhi ruang dapur menerobos hingga ke ruang tamu! Puas Amie cuba belajar menyediakan hidangan ini dari beberapa buah blog yang memang menghidangkan masakan...
Syukur Alhamdulillah kerana daku mendapat anugerah Allah isi rumah yang tidak banyak songel bila menghadap hidangan yang disediakan. Kalau asyik ikutkan selera anak-anak memanglah hari-hari nak makan ayam goreng, tapi kalau begitu gayanya alamatnya.... cuma dua atau tiga resepi saja dalam setahun yang boleh Amie kongsi di sini ha hahahaha.....! Kali ini Amie kongsikan pua resepi Talapia Gopreng Berlada Aroma Pudina. Tidak semua...