ADSENSE

Sabtu, 14 Julai 2018

Sambal Bawang

Jom masak sambal bawang!
Masak lebih sikit, boleh cecah dengan pisang goreng atau keledek goreng sambil hirup secawan teh atau kopi panas!

Semerbak aroma belacan memenuhi rumah!
Tapi keenakannya tidak dapat dinafikan! 
Ketika Amie memasaknya, terlintas dalam fikiran, sudah tentu Fuad dan Fairuz bising membebel sebab mereka tak suka makan bawang! Kalau ada bawang dalam pinggan makan, memang mereka akan diasingkan!

Bahannya tidak banyak. Semuanya ada di dapur anda. Terpulang nak masak banyak mana dan sepedas mana. Yang makan pun bukan orang lain...hiks!

Amie gunakan 40 gram belacan. Kalau nak kurangkan pun boleh. Gunakanlah apa-apa belacan yang digemari. Warna belacan akan turut mempengaruhi hasil sambal bawang itu nanti. Bawang putih pula, Amie gunakan satu labu...satu labu bawang putih, maknanya banyaklah ulasnya!

Amie gunakan 400 gram bawang merah. Jenis ini saja bawang merah yang ada di LD. Kalau nak cantik, pilihlah bawang merah yang bulat-bulat kecil, jadi bila dihiris nampak sekata sana.

Bawang merah tadi hendaklah dihiris tebal, bukan nipis macam nak buat bawang goreng. Kalau ada bawang merah yang kecil bulat comel, bolehlah belah 2 atau belah 4.

Cili padi pun ikut sukalah nak berapa banyak. Kalau tak mahu pedas, kurangkan. kalau nak lebih pedas boleh tambah. Sambal Bawang yang Amie buat tak berapa pedas dengan menggunakan cili padi di atas. Cili padi di atas itu lebih kurang secawan.

Resipi : Sambal Bawang
Bahan-bahan:
400 gram bawang merah - kupas kulit dan hiris kasar
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula melaka yang sudah diparut
2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 3/4 cawan air
garam / gula melaka / perasa pilihan

Bahan kisar:
1 cawan cili padi
40 gram belacan
1 labu bawang putih

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
2. Masukkan bancuhan pati asam jawa, gula melaka dan bawang merah. Masak dengan api sederhana hingga bawang lembut dan terbit minyak.
3. Perasakan dengan garam (jika perlu) / perasa pilihan.

Oh! Fairuz dan Fuad dah pandai makan bawang! Selamba jew kedua-duanya senduk sambal bawang masuk pinggan nasi!

2 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Assalam Amie.

Lauk macam ini memang boleh tambha nasi 4 pinggan, memang tak rasa menyesal langsong! Di tempat Mak Long payah sikit nak dapat bawang merah kecil. Biasanye Mak Long beli bawang merah besar dijual dalam kampit besar. Bawang merah besar sedap dibuat jerok.

notie berkata...

wah nanti nak cuba lah nampak sedap je. Tak pernah pun rasa.