ADSENSE

Ahad, 1 Julai 2018

Cameron Highlands - Singgah Kea Farm Cuci Mata

Keluar dari Lavender Garden, memang mula berkeroncong. Encik Suami pula asyik tertanya-tanya, di mana kami boleh singgah makan tengahari. Dengan kesesakan lalu lintas, dan ikut orang pula (konvoi 4 kereta) tak bolehlah nak buat keputusan sendiri singgah di mana-mana. Ziah lebih arif suasana di situ, cuma katanya dia terlupa kami salah waktu datang semasa musim perayaan begini. Diam-diam Amie makan telur pindang yang masih panas!

Ziah membawa kami ke tempat letak kereta (bukan tempat parking sebenarnya) nun jauh di bawah di tempat pembuangan sampah. Katanya, hanya di situ sahaja ada tempat kosong!

Kemudian Ziah bawa kami ikut jalan tikus katanya, lorong kecil bertangga dari arah belakang, daki bukit untuk sampai ke pasar!

Rupanya kami berada di Sempadan Mukim Tanah Rata! Gambar di atas Amie ambil semasa dalam perjalanan dari Kea Farm menuju ke tempat letak kereta kami.

Sesungguhnya pemandangan beginilah yang ingin Amie rakam! Hasil tanaman yang segar dari ladang! Banyak keledek kurus! Rupanya keledek yang kurus-kurus ini rasanya sangat sedap dan manis (info yang Amie dapat melalui suami Ilah ketika kami berkunjung ke rumah mereka di Saujana Utama).



 Ini jambu jeruk!
Cantik warnanya... katanya jambu jeruk ini rasa epal!




 Selain barangan seperti di atas, mata tak lepas memandang pelbagai jenis sayuraan segar!


Ziah belanja aiskrim batang. Semua anak buah dapat sepotong! Sedap oooo..... aiskrim strawberi! Bukan perasa strawberi tapi betul-betul strawberi...ahaks!



Sekali lagi Firdaus merengek minta mainan! Puaslah Farid memujuknya dengan membelikan strawberi coklat!

 Warna-warni yang mengasyikkan! Sedapnya tomato ceri cecah dengan serbuk asam boi!




Jagung muda banyak dijual di gerai. Kami nak cari jagung mutiara yang katanya sedap sangat, manis bak gula dan lemak bagaikan bersantan itu!



Di sini, seorang peniaga menjelaskan perbezaan antara jagung mutiara yang asli dengan yang tiruan. Tak dapat ambil gambar sebab orang terlalu ramai mengelilinga.

 Geramnya tengok asparagus!




 Sambil berjalan, kami makan strawberi celup coklat.





Labu Jepun ini berharga RM9.00 1kg. Amie belikan Bonda sebiji. Tak rugi beli sebab rasanya sangat sedap walaupun Amie hanya masak air, tambah suhun dan kacang panjang serta lada putih, bawang putih dan halia. Walaaaa.... nak cari lagi labu Jepun ni!






 Geramnya tengok lobak segar!




 Akhirnya sampailah juga ke tempat jualan makanan.




Encik Suami belikan Amie sebatang jagung rebus di atas tu... rebus atau kukus tu? Harganya RM4.00 tapi puas hatilah sebab memang sedap, lembut, lemak manis. Itukah jagung mutiara? Entahlah! Masa tu memang dah lapar sangat! Makan sajalah apa yang ada di depan mata. Lagi pun tidak banyak pilihan gerai makanan ketika itu

 Sama ke jenis jagung gambar atas dan bawah?








 Sakit mata melihat tumbuhan herba di sini! Ada daun selasih.

Pokok parsli.
Pokok pudina
Pokok rosemary.
Pokok oregano.



 Buah cinta pun ado!






 Akhirnya Encik Suami belikan juga mainan idaman hati Firdaus...ahaks!

  Hujan mula turun renyai-renyai.

 Biarpun semakin sesak, perjalanan tetap diteruskan.

 Nak masuk ke ladang teh, nak minum teh pun terpaksa dibatalkan.

 Lain kali kita datang lagi, kita singgah sini dan tempat-tempat lain.



Dalam perjalanan pulang, singgah di tepi jalan. Konon nak beli petai, tapi hasrat terbantut lagi. Harga petang 5 papan RM13. Mahal ke murah? Kakak kata mahal. Oooo mahal ke.

Petang itu kami singgah makan tengahari (hampir pukul 6 petang) dan kemudian melalui lebuhraya untuk kembali ke rumah Bonda!

6 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Patutnya kami pun ke Cameron k.Amie! Tapi cancel sbb fikirkaan time tu raya & cuti sekolah, tak sanggup nak bersesak.

Eei geramnya tengok sayur/buah/pokok2 yang segar bugar tu.

Amie berkata...

Puan Hazel,
ingatkan time raya tak sesak,
apa nak buat,
lain kali boleh datang lagi.

Unknown berkata...

Jagung mutiara yg ori, warnanya putih krim mcm mutiara amie, yg dlm gambar tu x ori, yg ori mmg manis, klu rebus xyah letak gula, maniiiiiisss sangat...

notie berkata...

Keledek dan jagung manis memang tak miss kalau datang CH. Wajib beli. Keledek tu best kalau dapat yang kecil-kecil. Di rebus makan panas-panas wah dah rasa macam kat korea. hehehehe. Jagung Ch kalau dapat yang manis emm memang sedap. Tapi memang seronok bila melihat sayur-sayur segar dan fresh dari ladang. rasa nak memborong semuanya. Strawberry kalau dapat yang manis emmm memang walahle.

Amie berkata...

Unknown,
oo ye ke... kena repeat CH ni cari jagung mutiara.

Notie,
seronok kalau dap-at santai2 di sini, kena bermalam baru dapat ronda semua tempat.

Sairah Sofiya berkata...

Jagung mutiara dia ada dot2 putih biji2 dia selain kuning harga pun rm10 dapat dalam 8 tongkol. Yang warna putih tu orang cameron panggil jagung susu. Memang sedap ya ampun jagung susu. Harga rm10 dapat 3 ketul. Memang mahal jagung susu tapi sedappppp. Jagung mutiara pun ada yg fake juga kena pandai pilih kedai cari yang orang ramai beli.

Jagung mutiara kalau ada yg jual 15 biji rm10 tu bukan yang ori dari cameron. Yang tu jagung dari ipoh.