ADSENSE

Jumaat, 4 Mac 2016

Makan Seafood di Sakura Steamboat Restaurant, Lahad Datu.

3 Mac 2016.... hari yang dinanti-nanti oleh calon SPM 2015 seluruh negara.
Keluarlah keputusan rasmi pada hari tersebut... kelmarin.
Untuk Fuad.... tahniah kerana telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sepanjang tempoh menduduki bangku menengah atas.
Malam semalam... kami bawa Fuad dan kawan-kawan rapatnya yang baru menerima keputusan SPM makan di luar. Fuad pilih tempat.... dia nak makan seafood. Jadi, kami pun ke Sakura Steamboat Restaurant.

Di Sakura Steamboat Restaurat terdapat banyak pilihan makanan laut yang segar. Selain disediakan pelbagai jenis mee dan mee hoon, nasi goreng, popia, aiskrim dan sebagainya... dan pelbagai lagi tak terkira banyaknya. Cuma perlu sediakan perut kosong untuk menampung pelbagai jenis makanan yang dipilih! Kalau dah namanya seafood tu ... dari udang, ketam, sotong, lokan.... hanya perlu pilih saja mengikut citarasa.

Harap Fuad happy malam itu... bersama rakannya Ikhzad di hujung sekali, dan sepupunya Fuad, Haziq di tengah-tengah. Fuad dan Ikhzad bersekolah di tempat yang sama, manakala Hazid bersekolah di Sarawak. Tahniah buat ketiga-tiga bujang yang meraikan kegembiraan setelah menerima keputusan peperiksaan SPM masing-masing.

Kalau ke restoran steamboat... tak sah kalau tak makan udang! Barangkali itulah raja steamboat selain rakan-rakan seangkatan dengannya seperti isi ikan, ketam, sotong dan sebagainya. 

Susah betul nak ambil gambar mereka ni tau... sebab muka masing-masing tunduk konsentrasi dengan seafood yang dibakar!

Selain seafood, ambil kesempatan juga bakar daging ayam, beef dan juga lamb. Anak-anak semua memang hantu lamb...

Fuad dengan Haziq ni tak jauh beza umur. Selepas Fuad lahir, 40 hari kemudian Haziq pun menyusul melihat dunia. Mereka saudara sepupu yang rapat. Ketika entri ini sedang ditulis, Haziq sudah berada di Kucing, Sarawak menguruskan segala hal persekolahannya. Pagi tadi Haziq terbang seorang diri dari Lahad Datu ke Kucing. Khabarnya Haziq akan sambung belajar ke tingkatan 6 di Lahad Datu.

Wokey.... kita lihat sajalah menu yang ada di atas meja. Disebabkan peminat seafood memenuhi segala ruang, jadi malas nak tangkap gambar di tempat letak makanan utama.


Macam-macam ada...
Dari yang sedar hinggalah yang frozen...
Dari makanan laut sampailah yang dari darat termasuk daging dan sayur-sayuran.

Tak tahu entah kali ke berapa datang ke sini. 
Dari harga RM25.00 per kepala, kemudian RM26.00 sehinggalah malam semalam... harganya naik sedikit lagi menjadi RM28.00 per kepala.
Setiap kali selesai makan, tuan punya restaoran akan tanya.... kenyang tak?
Kita selalu jawab... kenyang sangat... sampai rasa penuh ke dada!
Kata tuan punya restoran, makanlah perlahan-lahan....
Adeeehhh... kantung perut kita dah tak muat nak tampung segala macam makanan yang ada!

Cukuplah....
Makan banyak-banyak nanti tak boleh tidur malam.
Kolestrol pun semakin banyak terkumpul dalam badan.

Jom... 
Saiz udangnya sederhana besar dan segar-segar belaka.


Yang paling banyak kita ratah sudah tentulah udang! Dan kita cuba panggang lokan... lembut jew lokan tu! Ingatkan liat... selama ini tak pernah ambil lokan!

Cuma pesan kita dengan anak-anak... kalau makan seafood, tak payahlah isi perut dengan makanan berat seperti nasi goreng, segala mee goreng dan sebagainya tu...

 Firdaus tak makan sebarang seafood... tapi dua kali menambah nasi goreng!

Lepas tu Firdaus makan aiskrim... entah berapa kali Encik Suami dan Fairuz bertukar ganti ambilkan aiskrim untuknya! Firdaus.... pantang jumpa aiskrim! Hadeeehhh... berpeluh-peluh anakku...

 Selamat menjamu selera!

1 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

salam MIeee
kenapa lah jauh sngt lahad datu ni kna
kalau tak mmg nak gi ngenden dah segala seafood tu
nampak menyelerakan lah