ADSENSE

Isnin, 21 Mac 2016

Aiskrim Kacang Tumpah

Anak buah kita bawa kita jalan-jalan ke Damansara Damai pada petang sebelum kita terbang keesokan paginya. Kita santai-santai duduk di warung Man Burger Kukus Lava & Bakar sampailah hujan turun dua tiga titik....
Kita order dessert jew... anak buah tambah french fries.

Inilah rupa Aiskrim Kacang Tumpah... unik betul kejadiannya... kacangnya melekat pada coklat di bahagian luar gelas. Nampak comel sangat... nak makan pun sayang!

Ada macam-macam menu yang boleh dipesan di sini. Tapi kita hanya nak rasa aiskrimnya saja... lain kali ada kesempatan kita nak cuba makanan di sini pula. Mesti best... sebab tempat ini merupakan salah satu pilihan TV3 dalam program Jalan-Jalan Cari Makan.


 Dah order aiskrim di kaunter, kita duduklah menunggu  beberapa minit...

Nampak comel jew... aiskrimnya pun penuh.. sat lagi melimpah ruah tumpah ke kacang la ye... RM6.90.

 Selain Aiskrim Kacang Tumpah, kami order Mango Sago Lava.

Mmmm... nampaknya bukan Aiskrim Kacang saja yang boleh tumpah... Mango Sago Lava pun tertumpah sama... lebih awal dari tumpahnya aiskrim kacang tuu... RM6.00.

Kita order yang ini juga... Dragon Fruit Blend... nampaknya tak tumpah banyak...tak tumpah pun ..... RM6.50.

Ingatkan anak buah kita pernah makan aiskrim kacang tumpah ni... rupanya inilah first time nak merasa setelah dengar dari kawan-kawannya. Pasal itulah...di akhir plot cerita, tak tahu macamana nak makan kacang yang melekat di luar gelas tu!

Bila aiskrim dah habis, barulah berjaya dikerik kacang tu dengan sudu... ha ha haaaaa....

Tak ada GST di sini ye. Semuanya RM22.90 termasuk french fries. Datanglah ke sini untuk santai-santai dengan orang yang tersayang. Sedap tau... 

Man Burger Kukus Lava & Bakar
Lot G-12 Tok Yem's Street Mall,
Damansara Damai.
Tel: 014-260 3370

Facebook : Man Burger Kukus Lava


1 ulasan:

Ena berkata...

Assalamualaikum.

nampak sedapnye lahai semua menu
ais krim kacang tumpah ni nampak menarik
kita suka kacang
terasa2 kat lidah dah ni.. hehhe
kami tak pernah ke sana lagi..