ADSENSE

Isnin, 1 September 2014

Selamat menempuh dunia baru di kampus UKM!

Alhamdulillah.... hari ini Farid sudah mendaftar sebagai pelajar UKM untuk sesi 2014/1015. Farid terbang seawal 27 Ogos, hari Rabu lepas. Balik ke kampung Nendanya, dan shopping-shopping dulu laa tu sebelum tiba hari pendaftaran!


Ini bukan gambar di hari pendaftaran, tapi gambar pada 29 Mei 2014 lalu di Universiti Malaysia Sabah. Ketika ini Farid menghadiri temuduga untuk permohonan biasiswanya. Esoknya barulah kami terbang ke Kuala Lumpur dan terus terbang lagi untuk menunaikan umrah di Makkah al- Mukarramah.


Ini gambar pemandangan pinggir laut. Amie ambil gambar ini ketika menunggu Farid 'bergelut' menjawab soalan oleh penemuduga biasiswanya. Ketika itu Amie hanya mampu berdoa dan membaca al-Quran sebagai tanda tawakkal kepada Allah ketika Farid berusaha sedayanya, andainya ada rezeki untuk Farid, Alhamdulillah.... syukur. Ya... beribu syukur kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, Farid dapat biasiswa My Brain Science. Semoga pengajiannya akan berjalan lancar, dan mudah-mudahan Farid dapat mengikuti bidang pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan di Fakulti Sains & Teknologi di sana.


Farid bersama Firdaus 2 hari sebelum Farid terbang .... pandai dah dia terbang sendiri dari LDU - KK - KLIA.  Khabarnya shopping sampai 2 hari dengan mak-mak sedara & sepupunya di sana. Pagi tadi kakak Amie (mak sedara Farid) dan Nendanya yang hantar mendaftar di UKM. Nendanya kata, Farid tak bawa cadar! Masha Allah...Farid oooooh Farid!

7 ulasan:

mamaAna berkata...

As salam..Amie dah besar rupanya anak teruna Amie...
Tahniah untuk Farid dan Amie sekeluarga...
Semoga Allah permudahkan segala urusan Farid di UKM ...Aaminn
Selamat berjaya Farid..semoga menjadi anak yang yang dibanggakan oleh keluarga..

Ruzita Idias Ismail berkata...

Salam Amie..tahniah untuk Farid, semuga rahmat Allah sentiasa berada bersamanya. Semuga menjadi anak yang menbanggakan keluarga.

Suzana Ibrahim berkata...

As-Salam Amie....tahniah untuk Farid dapat masuk UKM.

ct cucubi berkata...


As salam kak mie, Tahniah utk akak dan anak. Semoga Farid berjaya menghabiskan pelajaran di sana dengan cemerlang.. =)

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Lama talk borak2 dgn Amie, rindu mcm dulu2 ahaksss. Tahniah bust Farid, semuga apa yg dicita2kan tercapai hendaknya. In sha Allah dgn berkat doa semua Farid akan cemerlang dunia serta akhirat, amin. Dan buat Amie, selamat menunaikan umrah, semuga dipermudahkan segalanya, amin.

fazianbatrisyia berkata...

tahniah utk farid. selamat menempuh dunia kampus...jaga diri baik2 di tempat org.

Fadzillah berkata...

Salam Amie.... tahniah buat Farid kerana dapat melanjutkan pelajarannya ke UKM, semoga Farid sentiasa sukses serta dapat menamatkan pelajarannya dengan begitu lancar.