ADSENSE

Rabu, 17 September 2014

Sambal Tumis Ikan Bilis

Nampak klasik je nama resepi Amie kali ini.... tapi sebenarnya ini menu evergreen tau, dulu kini dan selamanya akan tetap jadi hidangan kegemaran ramai! Sebenarnya rasa rindu nak makan sambal tumis ikan bilis yang biasa dinikmati masa kecil dulu ketika di kampung! Kalau nak makan dengan nasi lemak kenalah bubuh lebih gula, tapi kalau nak makan dengan nasi biasa atau ubi rebus kami kurangkan gula. Sedap rasa pedasnya tu! Nak pula kalau makan ubi rebus atau lempeng cicah sambal begini. Bila dah lidah terjelir kepedasan, barulah nikmat betul rasanya minum kopi panas. Pedas bertemu dengan panas memang menjadikan! Ahhhh.... kejap je hilang pedasnya, tapi menambah-nambah lagi nak makan sambal. Dulu kalau nak buat sambal tumis, memang kenalah berkorban masa menumbuk sambal, nak menggiling lada tu memang tak terlarat olehku  mengangkat batu giling!


Sambal Tumis Ikan Bilis resepi kesayanganku ini menggunakan dua biji hirisan tomato, sedikit saja halia dan sebatang serai... ambil isinya yang putih!

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis - bilas dan toskan
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 biji tomato merah masak - hiris kasar
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh pati asam jawa
garam /perasa pilihan
minyak
1 cawan lada kering yang telah dikisar

Bahan kisar:
20 biji cili kering
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2cm halia
1 batang serai - ambil isinya yang putih
sedikit belacan
 


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana panas.
2. Masukkan ikan bilis, dan jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
3. Tambahkan pati asam jawa,  garam / perasa pilihan dan gula.
4. Masukkan tomato dan bawang besar.
5. Biarkan seketika sehingga tomato dan bawang besar layu.
6. Padamkan api dapur.

3 ulasan:

Yatie berkata...

kalau ada sambal tumis ikan bilis ni, mcm2 nak di gandingkan...wat nasi lemak, pau sambal, mkn dngn lempeng....mkn dngn ubi rebus dan mcm2 lagilah...kannnn...nak buat tu yg malas kdng2...merecik2 satu dapur...kih3..

isabella idura berkata...

ermmm.. sedapnya. Rasa lapa giler plak. Akak libstar award tu untuk friend kurang dari 5rat je. akak dah 1k. xboleh. Then cpt jadi kawan saya. Salam kenal.

ct cucubi berkata...

salam kak ami, 1 cawan lada kering siap kisar tu sama x dgn 20 cili kering tu? atau lain2?