ADSENSE

Selasa, 16 September 2014

Popia Inti Pisang Lemak Manis

Setiap kali Encik Suami bawa pisang, dua tiga kali berfikir nak buat apa. Kali ini dibawanya pulang sesikat pisang. Entah siapa yang bagi, atau dibeli... Amie tak pula bertanya. Apa nama pisang ini pun Amie kurang pasti, ada yang panggil pisang 40 hari, ada yang panggil pisang emas. yang pastinya Masa Amie kecik-kecik dulu kami selalu tunggu pisang ni masak atas pokok! Sebab kalau dah nampak sebiji mula kuning, yang lain ikut masak. Bonda panggil pisang ini pisang lemak manis!


Pertama kali makan popia inti pisang ketika menghadiri mesyuarat di Perkasa Hotel, Kundasang. Mula-mula teruja nak makan, sebab tengok popia yang gemuk-gemuk, Amie terus ambil 5 ketul! Punyalah tamak sebab memang kita ni hantu popia! Sekali gigit... terkejut... nape inti pisang? He heheh... sebenarnya Amie yang jakun... ingatkan inti popia itu, itu juga! Rupanya boleh dipelbagaikan!!! Kali kedua makan popia inti pisang sewaktu menghadiri kursus di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Lapar punya pasal (minum petang), hantam sajalah! Eh! Macam sedap pulak popia inti pisang cicah denga madu! Bezanya madu yang dihidangkan tu cerah warnanya, yang Amie gunakan ini gelap pula. Ada pun Amie beli 2 botol madu dari Kundasang. Yang satu warna cerah, yang satu warna gelap. Amie pun lupa mana satu madu lebah ternak dan mana satu madu lebah hutan! Agaknya yang gelap ni hasil madu lebah dari hutan kot!


Inilah rupa paras pisang lemak manis @ 40 hari @ emas tu. Entahlah.... mana satu yang betul. Hantam sajalah labu... Tak susah nak buat popia inti pisang. Kupas pisang, lepas tu balut sebiji-sebiji dengan kulit popia. Goreng hingga kuning keemasan. Hidangkan bersama madu lebah.


Fairuz tanya... kenapa popia ni gendut-gendut? Oh...! Ini popiah inti pisang. Fairuz bulatkan matanya sambil bertanya.... PISANG?

2 ulasan:

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Inti pisang? First time dengar nie. Cicah madu lak tu.. Terbaik la ^_^

Bicara Kak Noor berkata...

kaknoor pernah nampak kat fb tapi tk ingat siapa yg buat Mie, nak try jugak