ADSENSE

Ahad, 14 September 2014

Pindang Ikan Susu @ Bolu @ Bangos

Ikan susu memang banyak tulang halus, tapi kalau nak puas makan pilihlah ikan susu saiz besar. Tulang halusnya senang nak buang atau cabut, sebab boleh nampak dengan jelas. Biasanya Amie pilih ikan susu saiz sederhana, lebih kurang seberat 500gram seekor, atau kadang-kadang Amie pilih di antara 800gram hingga 1kg seekor. Itu baru okey.... panggang! Selain masak asam rebus, Amie juga suka masak singgang atau pindang. Tapi biasanya resepi Amie lain sikit, sebab Amie bubuh daun limau purut dan juga lada putih! Amie tak bubuh serbuk kunyit.


Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu - bersihkan dan potong ikut suka
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
2cm halia - ketuk
4 helai daun limau purut - buang urat
1 keping asam gelugur
1 biji tomato - belah 4
7 biji cili padi
1 sudu teh lada putih - tumbuk
600ml air
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, serai serta asam keping.
2. Bila air mendidih, masukkan ikan dengan cili padi. Biarkan sehingga ikan masak.
3. Masukkan lada putih, tomato dan daun limau purut. Biarkan seketika sehingga daun limau purut berubah warna dan mengeluarkan bau.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.


Kalau nak rasa lebih pedas, sewaktu makan picit saja cili padi tu. Barulah berasap telinga.... sudahlah dibubuh lada putih! Tambah cili padi memang terus menyengat!


Amie suka sangat tang bahagian perut ikan susu tu... yang warna hitam tu, lapisan bawahnya penuh lemak! Itulah yang Amie tamak sangat! Makin besar saiz ikan susu, makin banyaklah lemaknya.... adeeeh!!!!

6 ulasan:

adda syuhada berkata...

Sedap-p-p.p! Mesti nak cuba masak dlm minggu ni...yummy!

nasa mulia berkata...

selalu saya ngan suami berebut tang lemak tu...hasilnya ikan tu semua cacat sebab ambik lemak jer...best.

Delima Zamrud berkata...

Waduhhh waduhhhh lama tak mai ke dapur sis Amie hehhehhe.... isk sedappp ikan susu nie kan sis D5 paling suker klu bakar cicah air asam or sambal kicap iskkkkk sedapppppppp mmg lemakkk je rasa dia... terliur dah tgk N3 nie lapooooo terus hehhehe....

athi FATHIYAH berkata...

putihnya ikan susu ni

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum kak amie..
nani pun suka ikan besar2 kalau tang perut.. macam patin ke.. ikan gemok2 mana-mana lah.. hehehe ikan susu biasa abah nani buat kari.. tapi bila nampak masak ni.. macam nak cuba ni.. memang kalau makan nasi panas2, pecah pulak cili padi.. perghh berasap telinga kan.. :) terbaik lah.. kuah yang sesedap rasa tu kalau fiyya makan pun dia suka.. jenis2 bersup ni..

Ena berkata...

Baru semalam dok sebut2 pd asben pasal ikan susu ni.. tetiba keluar dalam entry ni.. sedapnya... slurpppp!! hirup kuah dulu.. :D