ADSENSE

Rabu, 17 September 2014

Nak Masak Apa Anak-Anak Ketam Nih?

Hohohooo..... ada anak-anak ketamlah! Cantik dan masih fresh! Terus terfikir nak goreng  dan lepas tu ratah-ratah saja! Okey kan....

Dah pun siap!


Memang nampak fresh ketam ni. Encik Suami yang pilih. Ada tiga saiz ketam sebenarnya di pasaraya tu. Saiz besar, sederhana dan paling kecil. Bila Amie kata nak saiz paling kecil, Encik Suami teragak-agak nak ambil. Agaknya terfikir nak makan apanya.... ada ke isinya?


Encik Suami ambil sajalah... ikut saja kemahuan isterinya nan tercinta...eh! Iye ke... ha hahahahah! Wokeeeyyy....  anak-anak ketam campur antara jantan dan betina lebih kurang 13 ekor semuanya. 


Betulkah anak-anak ketam? Tu haaa... ada telur dalam perut ketam betina tu! Tang telur inilah yang paling Amie suka!


Sebab sayang sangat tang telurnya, sampai kulit ketam yang berisi telur ketam (terselit di dalamnya) Amie pun goreng sekali!


Anak-anak ketam yang siap bergoreng sedang beratur untk menunggu giliran dimakan. Oh ya! Resepinya pulak.... Amie gunakan Campuran Tepung Goreng Rangup jenama Bestari.  Bancuh dengan sedikit air gaulkan ketam tadi. Amie suka ada aroma pada gorengan ketam ini, jadi Amie tambahkan hirisan daun ketumbar dalam bancuhan tepung tadi. Goreng menggunakan minyak yang banyak dan angkat bila kelihatan kuning keemasan. Toskan, dan biarkan seketika sebelum diratah. Jangan ratah sebaik keluar dari kuali, kang lidah tu terbakar siapa yang susah?

8 ulasan:

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie,apa kbr, lama tak BW. segarnya nampak ketam tu, sedapnya goreng ranggup mcm ni, harga mcm mana ek amie kat sana, agaknya spisis kecil molek, tapi dh jadi mak tu heheh

Amie berkata...

Embun Rosaliza,
waalaikumussalam.... khabar baik, sihat alhamdulillah.
Harga ketam di sini tak menentu, suka-suka penuaga je nak letak harga... kadang-kadang 1kg mencecah rm18-19. Time naik harga pernah sampai RM25 tapi kecik je saiznya.

JaSSNaNi berkata...

assalam kak amie..
alahaiii.. ketam cumel ye.. :)
mahal jugak walaupun cilik gitu... kalau nani dapat ketam mak ke, bapak ke.. anak ke.. bayi ke.. nani goreng juga kak.. ratah camtu je.. sedap mentelaah makanan dengan asyik.. :) wahhhh sampai ke mentelaah ni.. salah menggunakan perkataan.. :) apa pun tang telo tu paling nani suka.. bak sikit..

Amie berkata...

Nani,
Waalaikumussalam... kalau kak Amie dapat mak bapak ketam, kak rebus aje Nani... puas meratah isinya hahahah.. yang anak-anak nan cumil ni goreng garing2 sebab nak ratah kakinya yang kecik2 tu hihiiii...

Sha Nikitasakura berkata...

Salam kak..
Terliur sy melihat ketam2 yg comel itu..

LiNa_Pg berkata...

Segar bugar nampak ketam tu..
ketam masak apa pun sedap..goreng garing makan ngan sos cili pun sedap

kasihilmar.com berkata...

Assalamualaikum Amie..
Hidangan ketam memang nampak menyelerakan. Makan dengan nasi panas, pasti akan bertambah-tambah!

Bicara Kak Noor berkata...

ketam butter with telur masin pun sodap amie...