ADSENSE

Ahad, 7 September 2014

Macam-macam kerja Firdaus sebelum mandi!

Lama tak paparkan gambar aksi sikecil Firdaus! Jom tengok gaya dia. Ini gambar minggu lepas. Amie tengah cuci pinggan mangkuk. Biasanya Firdaus akan jenguk Amie di dapur sekejap-sekejap, dan kemudian keluar semula ke ruang tamu bermain-main dengan abang-abangnya. Tapi kali ini lain pulak ceritanya.....


Mungkin disebabkan di ruang dapur basah ada meja pulau, jadi Amie tidak nampak rupanya Firdaus beraktiviti di sudut dapur berhampiran peti sejuk. Bukan main konsentrasi lagi dia mengupas bawang besar!


Beberapa kali Amie panggil namanya tapi Firdaus tak angkat muka! Rupanya asyik benar kupas kulit bawang! Amie panggil Encik Suami untuk menyaksikan kerja bujang kenit kami di pagi hari. Sama juga! Sapaan Encik Suami juga tidak dipeduli!



Sampailah Amie habis tangkap gambar.... dari tiga biji bawang yang dikupasnya....



Sampailah tinggal 2 biji bawang!
 


Owh! Bukan 3 biji bawang yang Firdaus kupas! Banyak dah rupanya.... Bila dah siap kupas sebiji, dia masukkan dalam bakul!



Oh! Sayang Mummy! Tak pula dia rasa pedih mata! Adedeeee....... meh Mummy mandikan dia!
 


Yang ini pulak gambar minggu ini... juga sebelum mandi pagi. Ambil angin pagi yang nyaman di taman mini depan rumah.






Oh! Sayang Firdaus!

5 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

leka sungguh dia kupas bawang...xpe la daripada dia explore ke luar rumah baik dia dok dendiam di ceruk dapur...
Firdaus..firdaus makin banyak akalnya

Ita Rossi berkata...

cantik bunga orkid tu!

Bbwana adienia berkata...

haha, ada2 ja firdaus tu..agaknya ada minat mau jadi chef firdaus tu kak..^_^

kasihilmar.com berkata...

Suka tengok Firdaus, nampak cerdik!

..di lesung pecah.. berkata...

Alololo..comel sangat post mcm tu..eee geram tgok..cubik kangg..