ADSENSE

Jumaat, 12 September 2014

Kekapis Goreng Sama Sayuran

Masak kekapis lagi, atau dalam bahasa orang putihnya di sebut scallop! Masak sama cendawan shiitake, dan cendawan tiram juga kacang koro.Tak tahulah nak sebut kacang apa dalam bahasa Melayu, sebab dari kecil lagi Bonda dah sebut kacang koro! Dah merasa tanam benih kacang koro, tengok pokoknya menjalar, melilit, buahnya cantik hijau berjuntai-juntai. Baunya menyegarkan, dan rasa sudah tentulah sedap, manis bila ditumis bersama bahan-bahan lain.


Bagi yang tak biasa atau belum kenal kekapis, di bawah ini Amie sertakan isi kekapis yang dipisahkan daripada kulitnya. Amie beli siap buang kulit tapi belum dibersihkan isinya. Jadi, kenalah bersabar sedikit membersihkan satu persatu kekapis ini. Sebelum dibersihkan, isi kekapis ini seberat 400 gram.


Dan di bawah ini pula gambar kekapis, ada pelbagai warna. Biasanya yang Amie beli kulitnya warna merah. Lambang minyak tu... apa namanya yang selalu tengok di stesyen minyak tu.... SHELL! Eh! Iye ke.... kalau tersilap minta maaf, selalu tak biasa isi minyak, kalau ikut Encik Suami naik kereta kebetulan isi minyak, dia pergi PETRONAS.



Credit untuk Mr. GOOGLE



Ini kekapis yang sudah dibersihkan, buang segala yang warna hitam, dan penyalutnya serta yang warna merah tu, mungkin lemaknya. Kalau ambil untuk dimasak tak payah buang pun tak jadi masalah.



Ini dia yang Amie kata kacang koro. Bila tanya Mr Google, rata-rata gambar kacang koro serupa macam kacang parang pulak! Entahlah.... Nak kata kacang manis pulak, ada sejenis kacang yang bijinya besar, lebih gedempol dan lebih hijau dari kacang koro ini.



Ini cendawan tiram. Kelmarin sempat goreng separuh. Goreng pakai tepung, tambah dengan daun ketumbar. Walaaaaa....... enak banget! Bila makan time panas, tak berapa merasa, tapi bila dah sejuk sedaplah pulak! Nak goreng lagi, malaslah pulak nak bancuh tepung!



Ini cendawan shiitake. Cendawan ini memang Amie suka sangat buat sup. Wangi! Tambah lagu kalau renih bersama kurma merah, lobak merah dan kentang serta kaki ayam... walaaaa...walaaaaa.... semerbak satu dapur... menerobos masuk ruang tamu tau!



Ni asyik membebel ni, terlepas pandang pulak nak tulis resepi. Ayuh sama-sama semak resepi Kekapis Goreng Sama Sayuran di bawah ini.

Bahan-bahan:
400 gram isi kekapis - bersihkan
300 gram kacang koro - buang urat tepi dan potong serong
4 kuntum cendawan tiram - siat-siat
4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang - belah 4
7 biji cili padi - buang tangkai
2 ulas bawang putih - ketuk 
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
4 sudu makan minyak zaitun

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, dan bawang besar.
2. Masukkan cendawan shiitake dan kacau seketika.
3. Masukkan kekapis, diikuti dengan kacang koro. Tutup masakan selama 1 minit untuk menghasilkan warna kacang koro yang cantik! Kemudian gaul sebati dan apabila kekapis berubah warna sepenuhnya, masukkan cendawan tiram bersama cili padi.
4. Perasakan dengan sos tiram & serbuk pati ayam. Kacau sekali dua dan matikan api dapur.

2 ulasan:

nasa mulia berkata...

Balik kampung baru ini, saya dapat merasa scallop segar beli dari pasar. Saya tumis x buang pun tepi2nya yg hitam dan kuning tu...tak tahu.

nor berkata...

Salam turn sugar snap.
Scallops tu yg oren kalau scallop fresh bole Di makan.