Kaki Ayam Masak Kicap.... terlerai kulit ngan tulangnya ko!

12:15 PTG

Ini bukan masak kicap sebarangan, walaupun hanya gunakan kaki ayam! Dan entah kali keberapa Amie masak begini, dan rasanya lebih dua atau tiga kali Amie kongsikan dalam blog. Sebelum itu bolehlah baca dulu tentang kaki ayam di laman ini : Ramai Antara Kita Tidak Tahu Khasiat Kaki Ayam


Asas atau cara masaknya sama saja dengan menggorengnya terlebih dahulu, tapi kali ini Amie ubah sedikit bahannya. Yang penting, objektif tercapai.... terlerai kulit dari tulang!


Walllaaa... nampak tak betapa lembut, bercerai kulit dari tulang kaki ayam tu? Ni tak payah nak gigit, hisap-hisap je! Tu pasal anak-anak suka meratah! Biasanya masakan kaki ayam begini di tempat kami dimakan bersama mee atau mee hoon goreng. Pelanggan akan berebut membelinya, walaupun RM1 hanya dapat 3 ketul saja! Bukannya 3 kaki ayam, tapi  dari 1 kaki ayanm yang sudah dipotong dua!


  Ramai yang sudah tahu, kaki ayam mempunyai khasiatnya yang tersendiri.


So, carilah atau belilah kaki ayam yang masih segar macam di bawah ni.


Bahan-bahan:
1 kg kaki ayam - buang kuku dan potong 2
2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu - goreng hingga masak
4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan potong 2
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 sudu makan cuka
1/2 sudu makan  garam
1 batang serai - diketuk
2 cm halia - diketuk
2 liter air
1/2 cawan kicap manis - Amie gunakan Kicap Cap Kipas Udang - cukup rasa & tak perlu bubuh perasa lain
1 sudu teh lada putih - tumbuk
minyak


Inilah rupa kaki ayam yang sudah digoreng hingga garing dan kemudian direndam dalam air sejuk selama lebih kurang 2 jam. Ada juga yang goreng kaki ayam sampai hangus, memang itu lebih baik... bila dah garing segaring-garingnya, rendam sekejap saja pun dah boleh terlerai kulit dengan tulang! Kita tengok cara penyediaannya di bawah ini.

1. Gaul kaki ayam dengan garam, cuka, serai dan halia. Perap seketika. Amie sengaja bubuh halia dengan serai sebab nak bau yang sedap!
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Bila minyak betul-betul panas, masukkan kaki ayam tadi dan kemudian tutup kuali. Ini disebabkan ketika proses menggoreng, ada letupan-letupan kecil dan besar akan berlaku! Takut nanti habis berminyak satu dapur anda, dan paling nak kena jaga tangan dan muka kita.... nanti terkena percikan. Mungkin ada cara tertentu untuk mengelakkan berlakunya letupan, tapi Amie sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dengan menutup kuali. Biarkan kaki ayam masak dan garing. Amie tunggu sehingga minyak gorengan tidak berbunyi, dan kemudian baru buka penutup. Jika anda gunakan minyak yang banyak untuk goreng tenggelam, tak perlulah dibalik-balikkan kaki ayam tadi, sebab sudah masak dan garing sekata.
3. Angkat kaki ayam dan rendam dalam air sejuk selama lebih kurang 2 jam. Kemudian toskan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
5. Masukkan kaki ayam serta cendawan shiitake.
6. Gaul sebati, dan tambahkan kicap manis serta sedikit air. Masak di antara 7-10 minit.
7. Apabila kuah memekat, masukkan kentang yang sudah digoreng tadi serta lada putih.
8. Kacau sekali dua, dan matikan api dapur.


Tak mahu masukkan cendawan shiitake dan kentang pun tak apa.


Memang tak susah mana nak buat. Bila dah siap, anak-anak makan tak ingat emak bapak lagi dah...


Jika berminat, cubalaaah..... tapi kena ingat tentang letupan semasa menggoreng itu ya!

25 comments

  1. waa..waa..saya memang suka makan kaki ayam..tapi x pandai masak sendiri..tapi tengok cara kak amie buat macam senang pula..

    BalasPadam
  2. wah ! boleh cuba resepi ni nanti. Memang fav saya tu ..

    BalasPadam
  3. Wah! Boleh cuba resepi ni untuk Ibu saya. Dia memang suka kaki ayam.

    BalasPadam
  4. Wah! Boleh cuba resepi ni untuk Ibu saya. Dia memang suka kaki ayam.

    BalasPadam
  5. Tp kalau goreng kaki ayam ni,minyaknye nk memercik..ada tips nk kurgkn kcderaan akibat prcikan minyak tum goreng kaki aym x?

    BalasPadam
  6. Tp kalau goreng kaki ayam ni,minyaknye nk memercik..ada tips nk kurgkn kcderaan akibat prcikan minyak tum goreng kaki aym x?

    BalasPadam
  7. Mud,
    saya tak pastilah caranya.. ada yang kata tambahkan cuka... tapi untuk lebih selamat saya tutup saja, sebab nak bagi dia betul-betul garing.Tak payah usik, sebab dogoreng dlm minyak yang banyak.

    BalasPadam
  8. Nak tny boleh?knpe perlu rendan dgn air sejok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kenapa perlu rendam dlm air sejuk? Kalau skip step ni jadi tak? Atau rendam 10min shj, boleh ke?

      Padam
    2. Spy kulit kaki ayan tu telerao dengan tulang. .sng nak mkn. .

      Padam
  9. Cara tak nak minyak merecik
    Potong sedia kaki ayam dan jemur di atas panas matahari selama 1jam..insyallah tak memercik

    BalasPadam
  10. Cara tak nak minyak merecik
    Potong sedia kaki ayam dan jemur di atas panas matahari selama 1jam..insyallah tak memercik

    BalasPadam
  11. Thank you resepi ni.. nak try juga..nampak sedappp

    BalasPadam
  12. Mcm sedap resepi ni..skrg pn ngah cba msk.

    BalasPadam
  13. Gorengkan kaki ayam guna air fryer.. Supaya tiada masalah percikan minyak😁

    BalasPadam
  14. Nak try masak esok.. Tq for sharing😍

    BalasPadam
  15. Wawww ada masa free nnti,aku nak try resepi ini,,menyelera kan betul resepi nya ni

    BalasPadam
  16. petua untuk elakan letupan semasa mengoreng..masukan bawang putih dan bwwang merah brsama dngan kulit ke dalam minyak sbelum mula mengoreng..try lh😅😅..

    BalasPadam
  17. Nak Tanya macam mana buat kaki kembang macam lembut obor obor

    BalasPadam
  18. Trbaikkkk...sy pon tgh grg kki ayam

    Meletop2 dlm kuali...uiii

    BalasPadam
  19. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melaka
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    BalasPadam
  20. WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe