ADSENSE

Rabu, 3 September 2014

Bubur Cha Cha

Ada sebungkus tepung cha cha tersimpan tak berusik bersama sebungkus emping padi dan sebungkus beras pulut hitam di dalam sebuah bakul di sudut dapur. Seingat Amie ini semua pemberian rakan Encik Suami yang balik dari Kedah tempohari (termasuk ikan pekasam yang sudah habis kami makan). Kalau dah ada tepung cha cha nak buat apa erk... bubur cha chalah jawabnya kan!


Selain tepung cha cha, Amie gunakan 3 jenis keledek berwarna kuning, oren dan ungu. Amie tambahkan jagung tin dalam bubur ini. Oleh kerana keledek ungu kuat sangat warnanya sehingga boleh mempengaruhi keseluruhan warna bubur cha cha, jadi Amie rebus dulu kesemua bahan secara berasingan. Kemudian Amie satukan dalam periuk bersama santan, gula dan sedikit garam.


Bahan-bahan:
1 cawan potongan dadu keledek kuning
1 cawan potongan dadu keledek oren
1 cawan potongan dadu keledek ungu
1 cawan tepung cha cha
1 cawan jagung tin
800ml santan
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sehelai daun pandan - siat dan simpul

Cara:
1. Rebus keledek kuning bersama keledek oren hingga empuk. Angkat, toskan dan ketepikan. 
2. Rebus tepung cha cha hingga kembang. Angkat, toskan dan ketepikan.
3. Akhir sekali rebus keledek ungu hingga empuk. Angkat, toskan dan ketepikan.
4. Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula, daun pandan dan garam.
5. Didihkan santan sehingga gula larut, dan kemudian masukkan kesemua bahan rebus, dan jagung.
6. Gunakan api perlahan, kacau - kacau dan masak hingga kuah mendidih.



Lawa tak my Bubur Cha Cha..... ha hahahah!

2 ulasan:

Fiza Lgk berkata...

Sedap ni kak amie...teringin juga nak buat. Gambar pun lawa menggoda selera.

Cahaya Yangmaher berkata...

wah memang lawa la kak amie. pasti sedap rasanya