ADSENSE

Jumaat, 7 Mac 2014

Udang Masam Manis

Petang ini tak berapa rajin nak masak.... Cadangnya nak masak rendang daging, dah sedia semua bahan tapi bila nak mula tiba-tiba terfikir akan mengambil masa yang agak lama juga sementara menunggu daging empuk. Bagi Amie sekarang ni masa begitu berharga... lebih mahal dari harga emas yang semakin melambung! Bukan apa.... sampai rumah tadi sudah agak lewat. Nak buat begitu dan begini rasanya kalau Encik Suami pulang nampak gayanya masakan tak siap lagi. Pukul 5 petang kami kena ambil Firdaus pulak, dan terus ambil Fairuz di sekolah. Akhirnya rendam sajalah udang kertas dan sementara menunggu udang lembut, selongkar peti sejuk cari apa-apa bahan yang boleh disatukan dengan udang tadi.


Kalau ada segala rasa tentu sedap jadinya udang tadi. Nak masak Udang Masam Manis tapi tak payah bubuh gula dan asam. Gunakan sajalah pelbagai jenis sos sedia ada dan sudah pasti bila digabungkan akan timbul rasa masam manisnya .


Akhirnya siaplah menu Udang Masam Manis. Walaupun ringkas tapi kalau dah namanya udang bukankah memang sudah semulajadi sedap? Tapi nak tambah sedap lagi, Amie kisar cili merah bersama bawang dan juga udang kering! Amie tak bubuh belacan. Siap masak, Fuad pun sampai ke rumah (dia ikuti kursus komputer di sekolah berhampiran), dan Encik Suami pun sudah sedia di meja makan. He heheeh... kami makan awal tau! Tak perlu tunggu sampai malam. Siap masak terus makan. Sekali je makan nasi di rumah ni kalau hari bekerja.

Resepi : Udang Masam Manis
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram udang kertas saiz sederhana - bersihkan dan belah belakang
15 biji kacang manis - bersihkan dan potong 2
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili Thai
garam / perasa pilihan jika perlu
minyak

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang



Cara:
1. Goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan udang dalam kuali.
3. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
4. Masukkan sos titam, sos tomato dan sos cili Thai. Gaul sebati.
5. Masukkan kacang manis, capsicum merah dan kuning. Masak sehingga kacang manis berubah warna.
6. Masukkan udang dan gaul rata.
7. Tambahkan garam / perasa pilihan jika perlu.

9 ulasan:

zila norazila berkata...

salam kak.
sedap pulak tgk..udg ada kt umh..nntlh buat

Fiza Rahman berkata...

Sedapnya. Nasib baru lpas breakfast ☺

adda syuhada berkata...

sedap...peberet adda ni k.amie...bleh geng ni...

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum amie kena dgn nasik pns pasti terangkat ni..klu diratah pun sedap...

Suzana Ibrahim berkata...

huhu...bulat biji mataku tengok udang yang meeeengiurkan ini!

Rohah berkata...

as salam kak...wes suwi orak dholan merenei...
nggayah lauk ei ki...

mama sara nur berkata...

assalam
feberet en asben
dia memang pantang nampak udang

ummiross berkata...

Sedapnya Amie..rasa nak ratah je nii!

myda_ahmad berkata...

sedapnya,nak ratah ajelah....