ADSENSE

Selasa, 3 Disember 2013

Urap Babat (Kerabu Perut)

Masa kecik-kecik dulu selalu dengar orang sebut tentang 'babat' di tengah-tengah kesibukan orang ramai bergotong-royong atau 'rewang' di rumah orang kenduri kahwin! Waktu itu tak pernah cuba untuk menjamah hidangan babat sebab banyak lagi lauk-pauk lain yang disajikan. Salah satu sebabnya mungkin ada sedikit  bau yang masih melekat pada babat tersebut! Bila sudah dewasa, barulah tahu menikmati babat atau perut atau tuala! Dan baru- baru ini baru tahu rupanya ada perut lembu muda seperti yang dikatakan oleh Fauziah DI SINI. Bila Amie teliti, warna perut muda tersebut kelihatan agak kelabu dan terus terbayang kenangan masa lalu tentang hidangan babat di majlis keduri kahwin di kampung kami!


Semasa Hari Raya Korban tempohari, Encik Suami bawa pulang babat.... tapi hairan pula kenapa warnanya tidak putih seperti babat yang biasa Amie nampak, olah dan makan. Dan dengan serta-merta teringat hidangan babat di tempat orang kahwin di kampung dahulu. Terima kasih Fauziah, kerana telah menjawab teka-teki Amie selama ini. Bila teringat akan 'bau' babat masa kecik-kecik dulu, Amie mencari akal fikiran untuk mengurangkan atau kalau boleh hilangkan bau babat tadi. Jadi, Amie pun rebus babat buat pertama kalinya dengan menggunakan air biasa, dan setelah mendidih... Amie buangkan airnya lalu merebus kembali dengan mencampurkan serai dan halia. Untuk menjadikannya kerabu atau urap, Amie tambah segenggam daun kesum dan hiris halus. Dengan perahan air limau nipis... Alhamdulillah.... Urap Babat terhidang dengan aromanya yang menyelerakan!



Amie tambahkan hirisan lobak merah dan kacang panjang untuk menemani babat dalam mangkukm urap. Selebihnya, seperti biasa untuk resepi urap atau kerabu, Amie gunakan kerisik kelapa yang ditumbuk agak kasar (tidak sampai keluar minyak), dan disebabkan Amie suka urap yang lemak-lemak sedikit, Amie tambahkan satu cawan santan pekat. 



Resepi : Urap Babat
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg babat / perut lembu - bersihkan dan tos
1 batang lobak merah - hiris halus
5 batang kacang panjang - hiris nipis & serong
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
10 biji cili padi - hiris
1 labu bawang besar - hiris
5 sudu makan kerisik
1 cawan santan pekat
4 sudu makan sambal belacan
1 genggam daun kesum - hiris halus
1/2 cawan perahan limau nipis / kasturi
garam / gula /perasa pilihan



Cara:
1. Rebus babat sehingga mendidih, dan buangkan airnya.
2. Rebus sekali lagi dengan mencampurkan serai dan halia sehingga babat menjadi benar-benar lembut.
3. Toskan dan cuci babat sehingga bersih. Hiris nipis.
4. Gaulkan babat bersama kesemua bahan di atas.
5. Hidangkan segera.


Urap Babatku sudah siap.... !

7 ulasan:

hazila berkata...

Sedap ni kerabu perut/babat lembu.

Kerull Nazeem berkata...

assalammualaikum
kak amie mai sepiring kat kami nih..hu hu

adda syuhada berkata...

menarik nampak resepi ni k.amie...

Cik Wan berkata...

Sedapnya kerabu perut!!!
Amie, orang kelantan cuci babat ni dengan kapur makan..memang senang untuk dikikis kotoran serta baunya..

Umie Jazz berkata...

Aduh kerabu perut tetiba rasa lapar pulak nmpk kerabu ni...

زوريده بنت مومين berkata...

Wah..enak ye ..ngences...

Roha berkata...

hihi ada resepi kerabu babat lah kat kitchen amie..hoho
nampak gayanya macam sodap je..