ADSENSE

Selasa, 10 Disember 2013

Telur Ikan Masak Asam Serai

Assalamualaikum .....
Rasa sunyi & sepi pula dapur Amie sejak akhir-akhir ini. Maklum sajalah.... kerja-kerja yang berkaitan dengan Urusan Seri Paduka Baginda perlu dijunjung. Biarpun cuti sekolah tapi bukan bermakna kami dapat menikmati sepenuhnya tapi syukurlah walaupun hanya sempat bercuti bersama anak-anak selama 9 hari di semenanjung, sekurang-kurangnya Amie dapat menilai erti kualiti masa itu sendiri!



Telur Ikan Masak Asam Serai ini sebenarnya agak lama tersimpan dalam folder, sebelum Amie berangkat ke Tawau lagi. Disebabkan jarang masak telur ikan, jadi Amie paparkan hasil masakan ini untuk dikongsi bersama. Lain orang lain citarasa dan lain cara masakannya... namun inilah cara masakan Amie untuk resepi telur ikan kali ini. Telur ikan ini kakak ipar yang bagi, dan katanya telur ikan putih. Pada mulanya Amie ingin buat pais ikan, tapi terlupa pula Encik Suami ambil daun pisang di kampung! Akhirnya, masak sajalah seperti resepi di bawah ini.


Resepi : Telur Ikan Masak Asam Serai
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg telur ikan putih - bersihkan 
2 batang serai - dihiris nipis
1 batang seri - dititik
2 keping asam gelugur
1/2 batang lobak merah - potong bulat
3 tangkai daun kesum
300ml air
3 sudu makan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai hiris dan serai titik. Gaul seketika.
3. Masukkan air, lobak merah dan daun kesum.
4. Apabila air mendidih, masukkan telur ikan dan biarkan sehingga masak.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Tutup api dapur.

6 ulasan:

azieazah berkata...

Saya selalu cuak nak masak telur ikan. Takut dia hancur dan berderai dalam kuah.

Nanti saya nak try la Amie.

ummiross berkata...

Sedapnya Amie, ummi suka telur ikan ni. Kalau kat Terengganu, selalu telur ikan Aya(tongkol) masak singgang, best juga. Nanti boleh juga ummi cuba resepi amie ni pula.

Cheq Sue berkata...

Kalau telur ikan...saya goreng garam kunyit je k.amie... sedapppp

Acik Erna berkata...

yang paling acik suka..telur ikan..goreng ke..masak lomak cili api ke..memang sedap

LiNa_Pg berkata...

Sedapnya telur ikan..
tak pernah masak telur ikan..makan kat kedai jer selalu...

myda_ahmad berkata...

saya x pernah mkn telur ikan,apa rasanya yerk?