ADSENSE

Isnin, 23 Disember 2013

Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran Sri Titingan Seafood Tawau

Akhirnya... sampailah kami ke Restoran Sri Titingan yang terkenal dengan hidangan makanan lautnya! Sayangnya, kami terpaksa menunggu giliran kerana tidak ada lagi tempat kosong walaupun ruangan makan melimpah keluar sehingga ke jalan! Rupanya... kena tempah lebih awal untuk dapatkan meja. Kali terakhir Amie datang tahun lepas tapi suasananya tidak begini... penuh sesak dengan pelanggan!


Jom layan hidangan yang kami pesan... Kami memilih seekor Ikan Siakap Masak 3 Rasa dan seekor Ikan Putih Masak Asam Pedas. Kedua-dua ekor dipotong dua menjadikan kesemuanya 4 pinggan memandangkan jumlah kami seramai 13! Jadi senang nak capai bila ada di depan mata.


Laparkah sudah kau Martha....



Ini Sotong Goreng, juga 2 piring.



Sup Sirip juga 2 mangkuk  besar.



Ketam, 2 pinggan... 


Sabar menanti hidangan yang dipesan sampai ke meja... Vivianey, Suan & Zaiton.



Apahal pulak kawan satu ni Si Azlan Chungan sampai terjuling-juling.... 



Sampai lagi hidangan lain... Udang Goreng Mangga.



Sayur... he heheh Vivianey pesan lain, lain bentuk yang sampai... juga 2 pinggan. Tukang masak pun dah pening kot... banyak sangat nak layan order!



Wokeh.... kejap lagi sampailah semua hidangan yang dipesan. Azlan pun dah okey... dah hilang julingnya. Relax saja kawan sebelah tu... Majit & Alias.



Butter Prawn  pun sampai... tapi nampaknya hilang aksesori... daun kari & cili padi yilek.



Haaaa.... ada lagi tambahan, Vivianey order Ayam Mask Thai...



Sesi ratah meratah.... nyum nyummmm! Oh yaaaa... yang dihujung itu... Selamat Pengantin Baru Habibi & wife! Masih kelihatan inai di jari!



Sesi menjmu selera pun beraakhir....  Laili sudah naik jempol!


Bil sampai ke meja...



Semuanya RM265.25 sen.... 13 orang makan!
Murah tau makan di sini...



Kepada sesiapa yang pertama kali berkunjung ke Tawau, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan laut segar di Restoran Sri Titingan yang terletak di Batu 2, Jalan Apas. Sesiapa yang berminat untuk menjamu selera cara steamboat pun boleh makan di sini. Harga? Sangat berpatutan: Dewasa RM20, Kanak-kanak Bawah 12 tahun RM10 dan Kanak-kanak bawah 5 tahun.... free!!!!





4 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum Kak Amie...wahhhh seronok tul makan ramai-ramai camni...murah plak tu..lagi lah gumbiraaaaaaa....

ummiross berkata...

Waa meriahnya makan-makan, InsyaAllah kalau ke Tawau akan ummi cari restoran ni Amie..

Fiza Lgk berkata...

Assalamualaikum K.Amie...seronok hangout dgn kawan2 makan seafood ya. Udang goreng mangga tu nampak sedap...K.Amie ada resepi tak? ngences...

Mohd Sng berkata...

Pemborong bawang