ADSENSE

Isnin, 29 April 2013

Lemak Tempoyak Telur Alu-Alu

Assalamualaikum.
Paparan sebelum beradu..... Lemak Tempoyak Telur Alu-Alu. Bagi sesiapa yang masih belum melihat atau menikmati ikan alu-alu, Amie perkenalkan ikan ini dengan kata lain ikan barracuda.



Resepi : Lemak Tempoyak Telur Alu-Alu
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram telur ikan alu-alu - bersihkan dan potong ikut saiz yang disukai
3 cawan santan
2 sudu makan tempoyak
1 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan

Cara:
1. Satukan santan, tempoyak, asam gelugur, serai dan semua bahan tumbuk di dalam periuk.
2. Masukkan telur ikan alu-alu dan didihkan dengan api perlahan.
3. Kacau selalu supaya tidak pecah santan sehingga telur ikan masak.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Tutup api.


Jumpa lagi... 

6 ulasan:

ummiross berkata...


Ummi suka makan telur ikan, tapi rasanya telur ikan alau-alu tak pernah. Semalam baru je makan asam pedas telur ikan kat Melaka. Terliur pula tengok masakan Amie ni.

Yana Shaiful berkata...

Salam K.Amie cayang ^__^
Yana singgah sini sebelum beradu dgn mangkuk kosong hihhi..tak pnh rs lg telur ikan alu alu ni..mst sedap..msk tempoyak pulak tu..sedapnya

norzila berkata...

kak ami terangkat ohh ini macam..tapi zila xpenah tgk la ikan alu2..mcmana rupa dia kak

Gee® berkata...

Waaaa.... lapaaaarrr!!

Liza berkata...

ikan barracuda ke ikan alu2 ke,liza mmg tak kenal...hihihi
besar jugak telur dia ye, ke ikan ni mmg besar?

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. tun xkenal ikan alu-alu tu yg mana satu. mmg fail bab spesis ikan ni.