Tempat Lahir Bonda di Bagan Datuk, Perak. Sebahagian daripada saudara-mara Bonda masih ada di sana. Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan berkunjung ziarah ke sama pada hari raya ketiga. Terlupa! Raya ketiga hari ulang tahun Encik Suami! Dalam perjalanan pulang dari Negeri Sembilan, baru teringat! Walaupun keletihan, tapi malam itu Amie usahakan juga untuk menyediakan sesuatu buat hidangan sarapan di pagi hari sebelum berangkat...
Tidak banyak yang dapat Amie kongsikan sepanjang hari raya kedua, kerana ada cerita yang tak berapa selesa...ahaks! Lebih kurang pukul 9:30 pagi kami bertolak menuju ke Sungai Jai. Dari kelmarin tengahari, beberapa orang ahli keluarga mula sakit perut, dan sepanjang malam hingga ke pagi berkali-kali masuk bilik air. Sepanjang perjalanan memang ada di antara kami yang terpaksa berhenti melepaskan qada' hajat. Dan masing-masing...