Jom pekena Kari Kepala Ikan hari ni... Fuad & Fairuz ambil kuahnya saja, makan nasi dengan ikan goreng. Tak mahu makan kepala ikan! Anak-anak memang tak berminat dengan kepala ikan. Kata mereka, cuma kepala ikan! Bukan ada apa-apa yang boleh dimakan! Bagusnya anak-anak kami ni.... jadi hanya Amie dengan Encik Suami sajalah yang ratah kepala ikan! Amie... apalagi... bahagian mata ikan tu yang...
Lokan beranak- pinak dalam sungai. Genjer @ paku rawan banyak tumbuh di anak sungai. Mari kita temukan mereka dalam masakan tumis pedas dalam kuali! Sesetengah orang panggil sayur genjer ini sebagai paku rawan. Ada yang panggil pokok lembayung. Amie beli di pasar tani hari minggu tiga hari lepas. Beli sekali isi lokan yang harum baunya tu... Sayangnya terbiar pula sayur genjer di sudut...
Jam menunjukkan angka 7.19 minit malam. Firdaus sudah tidur. Fuad & Fairuz dengan kerja masing-masing. Encik Suami keluar jumpa bossnya. Amie meniarap di ruang tamu mengadap Mr. Lappy sambil diperhatikan oleh televisyen. Televisyen yang perhatikan kita ye, bukan kita yang tengok dia.... hiks! Sesekali terhidu aroma yang enak... entah dari mana. Mmmm... siapa yang masak ni? Masak apa? Kami makan malam sebelum pukul...
Siapa kata ikan masak taucu tak sedap.... jangan angkat tangan! Nanti kalau dah cuba dan rasa keenakannya... tentulah malu sebab dah angkat tangan... ahaks! Amie kongsikan sekali lagi masakan bertaucu yang menjadi kegemaran anak-anak. Sebab apa Amie kata anak-anak gemarkan masakan ini? Sebab setiap kali masak ikan bubuh taucu anak-anak akan habis licinkan pinggan lauk, dan cari lagi di dapur kalau ada lebihan...
Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak
Resepi Amie's Little Kitchen dalam Majalah SAJI Edisi Mei 2015
Terima kasih berjuta-juta banyaknya buat pengarang Majalah SAJI, Mr. Joha Ahmad yang sudi menyiarkan 14 buah resepi dari dapur Amie di dalam Majalah SAJI Edisi Mei 2015. Terima kasih yang berjuta-juta juga buat rakan blogger yang menjadi rujukan masakan Amie seperti DAYANG JACK.... Sebab... salah satu resepi yang tersiar ialah Resepi Kek Lumut yang Amie rujuk dari blog beliau. Kredit untuk Dayang Jack...
Ini cerita pada 11 April 2015 lepas, tapi baru sempat dijadikan entri. Bersama-sama cerita tentang Sanggar Pappek ini, ada kisah lain di sebaliknya.... kisah bersama teman-teman belajar membuat buras, sejenis makanan tradisi masyarakat Bugis yang terkenal sebagai hidangan hari raya. Tak sambut raya pun boleh buat, dan boleh nikmatinya. Nantilah ye... ada kesempatan Amie akan paparkan juga kisah masak-masak itu... Sanggar Pappek ini...
Selamat berhujung minggu buat semua yang sudi bertandang ke dapur Amie. Terima kasih buat pengikut baru, dan juga kepada sesiapa yang sudi mencuba resepi dari bawah tudung saji kita ni.... Buat teman-teman blogger yang sudi komen, terima kasih banyak kerana turut memeriahkan suasana di sini. In shaa Allah ada kesempatan dan peluang Amie akan bertandang ke rumah teman-teman. Maklum sahajalah, adakalanya disebabkan kesuntukan...
Jom sarapan pagi... Resepi donut yang biasa-biasa saja.... tak ada yang istimewa, tapi tetap menyelerakan dijadikan santapan pagi yang ringan sebagai alas perut dengan secawan kopi panas! Bahannya pun tak susah nak cari, cuma kena selongkar dapur masing-masing.... ngeeee! Kebetulan ada tepung ubi kentang, Amie tambahkan 100 gram dalam adunan. Tak ada tepung ubi kentang pun ok, rasa tetap sama kalau gunakan tepung...
Assalamualaikum.... Mengait kelapa dapat sekarung,Nyalakan seludang gunakan mancis,Cara mudah masak sekali harung,Tumis udang sama kacang buncis. Masak tumis pedas udang dengan kacang buncis memang sungguh menyelerakan! Tak cukup pedas dengan cili merah, tambahkan cili padi pula! Waduh.....! Temukanlah menu ini dengan nasi panas... perrrgghhhh! Bahan-bahan: 500 gram udang kertas - bersihkan - dan belah belakang - tinggalkan ekor - tarik uratnya 15 batang...
Minggu lepas.... cuaca sungguh panas, dan peluh melekit di badan. Menjelang tengahari, hujan turun dengan lebatnya. Balik ke rumah, ada surat terselit di pintu pagar! Basah.... dan bila dibuka, rupanya dapat kiriman sekeping cek kiriman Mr. Nuffnang.... yang basah kuyup! Terpaksalah Amie keringkan dengan penuh hati-hati, takut terkoyak. Syukurlah bank tetap terima walaupun di kaunter keluar pertanyaan... cek basah ke? Terima kasih Mr....
Lama rasanya tak sembang dengan Bonda tentang telur-telur itik yang Bonda bersihkan setiap pagi. Entah berapa ratus biji yang dikutip setiap pagi... bertambahkah atau sudah berkurangkah jumlahnya? Cuma seingat Amie, memang telur-telur itik yang dikutip itu tidak sempat diasinkan sebab sudah ramai pelanggang menempah. Kata Bonda, orang kampung kami dan orang kampung berhampiran kampung kami juga sekarang ini kalau buat kenduri kahwin pun,...
Ini episod terakhir. Episod ke-20 catatan tentang ekspedisi mendaki gunung Kinabalu, yang meleret sehingga ke pulau, sampailah kami selamat sampai ke LD lewat pukul 3 pagi pada 19 Februari 2015. Kalau diimbas kembali memang tak cukup tangan Amie nak tulis... tapi secara ringkasnya, kami bertolak dari Kota Kinabalu pada sebelah petang, ada masalah tayar van dan kami berhenti seketika untuk menyelesaikan masalah tersebut...