Hari ini... Rumah sunyi dan sepi... Fuad & Fairuz sejak Jumaat lepas ikut serta Jambori Pengakap Antarabangsa di Lumut, Perak. Farid.... setiap kali telefon kami asyik tanya, bila kami akan sampai ke kampung nenek, bila akan melawatnya di Bangi. Encik Suami kerja... awal pagi tadi keluar bawa Firdaus sekali untuk di hantar ke kampung. Kita pun meneruskan kerja di rumah..... yang perlu disiapkan...
Ke Tawau lagi.... memang sudah menjadi takwim tahunan, tiap kali cuti sekolah pasti Amie ke sini. Selain menghadiri mesyuarat selama 4 hari mulai hari ini hingga selesai pada hari Ahad nanti, sempat jugalah bawa Fuad & Fairuz shopping serba sedikit barang keperluan mereka. Esok pagi, mereka akan berangkat ke Kota Kinabalu, dan seterusnya akan terbang ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu. Bujang kami...
Nampaknya esok lusa sepilah dapur mayaku ini.... maklumlah tuan tanah kena bertugas luar kawasan, menjunjung titah perintah tuanku yang dipertuan agung. Tapi sebelum itu, tuan tanah nak tinggalkan satu resepi yang pastinya sukar untuk dilupakan... sebab kalau dah merasa sekali pasti akan menjilat jari. Tuan tanah perasan resepi kuah rojak buahnya paling sedap di dunia.... ha hahhaha.... ! Sebenarnya paling mudah dibuat! Tangan...
Suka sangat makan kuih ni... di negeri bawah bayu nama dia kuih angin. Tak tahulah kalau di semenanjung apa namanya. Pernah sekali cuba buat, kawan bagi resepi tapi tak jadi..... tapiiii rasanya sedap! Taklah banyak sangat bahan yang digunakan, cuma tepung pulut dengan kelapa parut serta gula merah atau gula melaka saja. Kawan kata kuih angin ni kena kukus. Kita pun kukuslah... tapi...
Sekadar untuk kenang-kenangan.... Sebenarnya tak merancang untuk menyambut ulang tahun.... tak berapa sihat 2-3 hari. Entah bagaimana, hasil 'cucukan' keluarga belah Encik Suami, maka jadilah sambutan yang seadanya di rumah kami.... tanpa persiapan yang sepatutnya. Gambar kenangan... Farid tiada bersama. Tak apalah, Fuad, Fairuz & Firdaus ada..... Persiapan menjelang pukul 6.00 petang. Gagahkan juga turun ke dapur sediakan mana yang patut. Selepas Isya'...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie' Little Kitchen, juga buat silent readers, buat follower baru dan buat sesiapa juga yang tersesat ke dapur maya ini.... kehadiran anda amat dialu-alukan dan terima kasih kerana sudi bertandang. Jadi, yang jengok dapur Amie hari ini dapatlah menjamu mata dengan Nasi Kuning Sambal Ikan sepinggan sorang he hehehe..... Seperti biasa, sebelum ini pun memang banyak entri...
Ini kali kedua Amie buat Ubi Kayu Goreng Berempah untuk 2 hari berturut-turut. Selalunya asal nama ubi, tak ada yang nak jamah tapi kali ini laris pulak, dah tu ada pulak permintaan nak makan lagi dari anak-anak dan Encik Suami. Haaa... sekarang anak-anak baru tahu ubi goreng pun boleh kalahkan french fries yang kamu suka sangat tu! Resepi Ubi Kayu Goreng Berempah ni...
MIL and Encik Suami kata ini rojak! Banyak dijual di gerai dan biasanya diperbuat daripada campuran betik mengkal dengan timun yang dihiris nipis. Kemudian dijeruk bersama garam, gula dan cuka. Jika suka pedas memang penjual jeruk ini sudah sediakan sambal kicap! Selalu juga Amie buat di rumah, tapi jangka hayatnya hanya seketika..... dan orang yang paling sukakannya sudah tentulah Encik Suami! Kadang-kadang dia...
Resepi ini didedikasikan buat rakan sekerja Amie iaitu Jill yang bertanya tentang masakan Ayam Sambal di salah sebuah restoran di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Jill ingin tahu samada Amie pernah makan hidangan tersebut dan meminta kongsi resepi sekiranya Amie tahu cara olahannya. Kebetulannya pada sebelah malamnya itu kami sekeluarga ke Sabah Book Store di Bandar Sri Perdana, dan Amie ambil kesempatan singgah...