Amie jarang jumpa ikan belanak saiz kecil di Lahad Datu. Kalau ada pun, saiz besar seberat 300-500 gram seekor. Pernah beberapa kali Amie makan ikan belanak saiz besar, tapi rasanya agak tawar berbanding ikan belanak saiz lebih kecil. Rindu rasanya nak makan ikan belanak kecil yang Bonda selalu goreng masa kami kecil dulu. Selalunya Ayahanda akan beli berkati-kati (sukatan dulu) banyaknya, dan Amie...
Firdaus dah pandai memilih makanan yang disukai. Kakak ipar yang merangkap menjadi pengasuhnya kata Firdaus dah tak suka makan ikan masak sup, ataupun ayam masak sup atau pun mee hoon goreng. Makan nasi pun dah tak mau! Setiap pagi Encik Suami bekalkan kuih ketayap yang dibeli ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke kampung, rumah kakak ipar. Kuih ketayap berharga RM1 untuk 3...
Ada 1.5kg ikan patin tersimpn beberpa hari dalam peti sejuk. Kami beli siap buang isi perut dan di potong-potong. Diringkaskan cerita kalau ambil bahagian isinya dan pisahkan kepala-kepalanya, agak-agak semuanya seberat 1 kg kot.... Pada mulanya Amie nak panggang ikan patin, dan kemudian tuangkan santan siap berperecah cili padi dan daun cekur, atau dalam bahasa kami di sbeut 'pecel'. Selalaunya orang buat 'pecel...
Minggu lepas Amie buat Pajeri Nanas tapi tak sempat nak makan. Bukan apa, waktu itu Amie masak untuk majlis makan keluarga sebelah Encik Suami, jadi bila dah masak macam-macam menu, tak berseleralah pula nak menjamahnya sebab penat. Lagi pun bila tengok para tetamu nampak macam sedap je makan, berbaloi pulak rasanya penat lelah, dah terasa pula kita yang kenyang! Apa pun, sempat juga...
Pernah makan kacang tanah rebus? Makan kacang goreng tentu pernah kaaannn.... tapi sebenarnya kacang goreng tu dipanggang! Entah kenapa disebut kacang goreng. Orang sekarang jarang jumpa kacang tanah rebus! Sekali-sekala tu tentu ada juga terserempak di pasar malam atau di tepi jalan. Anak-anak (merujuk anak sendiri) tak berminat dengan kacang tanah rebus, padahal inilah benda yang paling Amie suka masa kanak-kanak dulu. Kalau...
Semasa majlis jamuan hari raya yang diadakan di sekolah tempohari, Amie bawa sedulang Mango Casablanca. Rasanya inilah saiz paling besar Amie pernah buat setakat ini dengan menggunakan 2kg isi mangga! Cream cheesenya pula seberat 1/2 kg. Amie kurangkan penggunaan cream dari 4 tin kepada 3 tin sahaja, manakala susu pekatnya pula sebanyak 1 tin. Biskut.... aaa biskut tak kira berapa keping, tapi hampir...
Jom ratah sayur-sayuran goreng tempura! Amie tambahkan serbuk kari dengan jintan manis dalam adunan tepung tempura. Sedaplah pulak rasanya bila tergigit jintan manis yang melekat pada tepung yang rangup! Sesekali kita tambah bahan kegemaran apa salahnya kan. Tak rugi mencuba, sebab rasanya lebih sedap... he hehe ikut selera Amie laaa... Kali ini Amie goreng peria dan terung. Selalunya Amie pelbagaikan sayur-sayuran termasuk...
Masih terbayang jelas di ruang mata bagaimana Allahyarhamah MIL sedang menyiapkan sambal colek (atau colet mengikut sebutan tradisinya) sebagai pelengkap hidangan terutama untuk santapan tengahari. Bukan main berselera sekali Amie tengok FIL colek sambal tadi dengan terung goreng! Kesemua bahan yang digunakan akan digoreng termasuk belacan, bawang merah dan bawang putih serta cili padi. Dan kemudian ditumbuk lumat bersama sedikit garam dan perasa...
Assalamualaikum teman-teman pengunjung yang masih setia mengikuti perkembangan dapur maya Amie. Masih dalam mood raya nampak... ha hahaaha... Amie pun nak cerita juga tentang Aidilfitri yang masih belum berakhir ini. Dan kisahnya, masih juga berkisar tentang nasi dagang! Sebenarnya inilah kali pertama Amie hidangkan menu nasi dagang sebagai salah satu juadah rumah terbuka kami. Alhamdulillah... menu ini dapat dinikmati oleh para tetamu dengan...
Amie sebenarnya tak biasa makan pekasam. Tapi Encik Suami suka pula, dan mungkin kebetulan ada sebekas ikan pekasam pemberian kawannya yang baru pulang dari Kedah.... atau mungkin selera makannya inginkan sedikit perubahan! Maklum sajalah... lepas raya, kalau asyik makan daging atau ayam tekak pun rasa tak berapa nak terima. Minggu lepas Amie goreng 3 ekor ikan pekasam, dan Encik Suami akan mencuit sedikit...
Agak lama juga Amie tidak paparkan perkembangan dalam Segmen Meriahnya Dunia Masakan. Kali ini Amie ingin bawa teman-teman sekalian berkunjung ke dapur negara jiran kita Indonesia, dan tuan punya dapur kini menetap di Kuching, Sarawak... jadi jiran bersebelahan negeri tempat tinggal Amie. Mari kita terjah terus ke dapurnya di sini: MASAKAN MELLY Bagi anda yang belum pernah membuat sendiri kek lapis atau teragak-agak untuk...
Alahai.... Entah berapa lama agaknya dapur mayaku ini tak berasap! Bukan apa... talian internet yang sangat lambat bak siput khinzir mengesot ini membuatkan daku rasa rimas! Asyik tertangguh-tangguh nak masukkan entri masakan. Berjam-jam menunggu depan Mr. Lappy membuatkan daku jadi bosan! Sehari dua ini talian okey pulak, tapi mood untuk kongsi resepi masih terbenam di dasar laut. Nak korek balik bawa naik ke...
Fikir punya fikir, banyak kali fikir akhirnya Amie hidangkan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol untuk tetamu yang sudi bertandang pada hari raya ke-6. Untuk resepinya, bolehlah klik DI SINI. Fuad & kawan-kawannya. Farid pun tak mahu ketinggalan. Selamat menjamu selera! Selain nasi dagang, Amie sediakan mee hoon sup tulang! Amboiiii.... sampai tak sedar orang ambil gambar! Si kembar pun ada... cucu buah......