ADSENSE

Ahad, 24 September 2017

Tosei & The Gang

Sesekali mencuba masakan India, hasilnya memang berbaloi dengan usaha dan kesabaran mempelajarinya! Tak sangka pula, tosei begitu enak dinikmati bersama chutney kelapa! Dan Amie sebenarnya pelbagaikan teman tosei termasuk kentang masala yang tidak kurang enaknya!




TOSEI
Bahan-bahan untuk membuat tosei:
1 cawan kacang tosei (ulundhu)
2 cawan beras biasa
½ cawan nasi sejuk
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
1 cawan air

Cara:
1.         Cuci bersih kacang ulundhu , beras dan halba dan rendam menggunakan air selama 8 jam.
2.         Toskan bahan rendaman, dan kisar bersama 1 cawan air. Jika bahan kisar terlalu pekat, tambahkan sedikit air lagi.
3.         Peram adunan selama 8 jam.
4.         Tambahkan garam dan kacau sebati.
5.         Panaskan kuali leper dan oleskan dengan sikit minyak.
6.         Sendukkan adunan dan tuang di atas kuali.
7.         Buat putaran sehingga tepung menjadi nipis dan bulat.
8.         Biarkan masak selama 1 hingga 2 minit sebelum diangkat.






CHUTNEY KELAPA:
1 cawan kelapa parut – ambil bahagian putih

Bahan A:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 tangkai cili merah
2 cm halia
1 biji tomato  - belah 4
½ sudu kecil pati asam jawa – bancuh dengan ½ cawan air masak
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Bahan B:
1 sudu kecil biji sawi
1 tangkai daun kari – lurutkan daunnya
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar minyak

Cara memasak:
1.         Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis Bahan A sehingga terbit aroma.
2.         Masukkan kelapa dan tumis hingga sebati.
3.         Kisar bahan tumis sehingga hancur. Ketepikan.
4.         Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan biji sawi, daun kari serta cili kisar. Tumis hingga masak.
5.         Campurkan  bahan tumisan tadi bersama kelapa kisar. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan bersama tosei.



Selain chutney kelapa, tosei juga enak dinikmati bersama kentang masala dan juga masakan berkari.

3 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salah satu feberet saya bila breakfast di kedai mamak. ada niat nak buat tapi belum ada kekuatan. bab nak kena peram tu yg buat niat terkubur. sy simpan dulu resepi ni mana tau tiba2 rajin nak mencuba. Tq amie share resepi...

Phong Hong berkata...

Tabik spring, Amie! Tosei pun Amie boleh buat. Mesti best makan fresh dari dapur sendiri.

Amie berkata...

Madiha,
kena sabar nak buatnya ni rpanya, silap2 terlupa dah peram! Tapi memang tak sangka chutney dengan kentang masala tu...sedapnya! Licin anak-anak makan kentang masala!

PH,
Tq PH... suka nak mencuba, sebab negara kita ni mewah dengan macam2 resipi hihiii...