ADSENSE

Selasa, 15 November 2016

Sambal Belacan Belimbing Buluh

Sambal Belacan Belimbing Buluh!
Siapa tak kecur liur bila dengar? Jemput yea... 


Masing-masing ada selera yang tersendiri bila nak buat sambal belacan. Kelmarin Amie buat sambal belacan juga tapi bubuh mangga. Hari ini sambung kerajinan ha ha haaa.... Buat sambal belacan lagi tapi tambah belimbing buluh pulak. Terima kasih Cikgu Jusnawati sebab sudi hulur buah belimbing buluh kat kita, dan kawan-kawan yang lain. Lain kali jangan risau kalau pokok belimbing buluhnya berbuah lebat. Bawak jew bagi kat kami he he heee!

Kali ini Amie tidak bakar atau goreng belacan. Amie gunakan belacan dalam kotak saja. Kalau ingin aroma yang lebih mengancam, eloklah bakar dulu. Walaupun Amie sudah campurkan belimbng buluh, tapi Amie tambahkan juga perahan jus limau kasturi sebab Amie suka bau limau tu. Sedap kok!


Jom kita lihat sama-sama cara Amie buat Sambal Belacan Belimbing Buluh.

Bahan-bahan:
20 biji cili padi kampung - campur merah dan hijau
1 keping belacan seberat 20 gram
5 biji belimbing buluh - belah 4
1 labu bawang besar - hiris nipis
2 sudu besar jus limau kasturi
garam / gula secukup rasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama belacan dan hirisan bawang besar. Jangan terlalu lumat / hancur.
2. Masukkan belimbing buluh dan lenyek hingga hancur menggunakan anak lesung.
3. Tambahkan garam dan gula serta jus limau kasturi.
4. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama ulam-ulaman.


Pergghhhh!

Anak ayam dicakar macan,
Bukan seekor tapi sepuluh,
Enak sungguh sambal belacan,
Ditambah dengan belimbing buluh!


2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Sambal belacan pembuka selera.
Tak sedar tambah nasi.

Phong Hong berkata...

Wah, sedap ni!