ADSENSE

Selasa, 1 November 2016

Jalan-Jalan Cari Makan di Kundasang

Alhamdulillah....
Masih diberi kesempatan untuk bersua di alam maya ini.
Cuti sempena Deepavali (hari Jumaat 28/10/2016), kami manfaatkan untuk ke Labuan, jenguk Fuad di Kolej Matrikulasi di sana. Walaupun terasa letih, dengan menempuh perjalanan yang jauh tapi hati gembira sebab dapat bersama walau hanya seketika. Memandangkan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas sekejap hujan, kami sepakat untuk 'jalan pelan'pelan' saja. Bertolak seawal pukul 7 pagi dari Lahad Datu, kami tba di Kundasang pada pukul 11.30 pagi. Perut semakin berkeroncong sebab masing-masing tak mahu 'isi' sebelum bertolak.
Kami pun singgah di Restoran Puteri Nabalu untuk bersarapan merangkap makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Seronok rasanya bila berkesempatan untuk menambah pengetahuan tentang makanan tradisional di satu-satu tempat. Syukurlah, Encik Suami pun tidaklah berkira untuk mencuba. Maklum sahajalah, tak semua orang boleh menerima makanan yang tidak biasa dijamah.  Bagi Amie, inilah masanya untuk mencuba dan mencicipi keunikan masakan kaum-kaum tertentu khususnya di Sabah. Jadi kami sepakat untuk mencuba hidangan masyarakat Dusun /Kadazan.

Minumannya pula, kami pilih yang panas, sebab di situ sejuk! Kami pesan minuman panas halia madu.

 Inilah hidangan tradisional yang dihidangkan. Nampak sungguh unik bukan?  

Amie kata pada Encik Suami, ini makanan sihat dan berkhasiat.  Lihat sahajalah lauk-pauknya itu. 

Inilah hinava sada.
Kalau di Lahad Datu biasanya Amie makan kilau (hidangan tradisional masyarakat Bajau yang terdiri daripada hirisan mangga serta isi ikan mentah ditambah jus limau atau cuka serta cili padi dan juga hirisan peria). Kali ini kami makan hinava sada pula.

Sayur di atas tu namanya ginuling bawang sokid om bilis, iaitu tumisan wild spring onions dengan cili putih dan juga ikan bilis.

Ini pula sup manuk om soko, atau dalam bahasa kita ayam masak sup dengan rebung (bamboo shoot).

Pada Amie memang hidangan ini ( pinarasakan sada takob-akob) menyihatkan dan penuh khasiat. Tidak banyak penggunaan minyak. Ikan pun dimasak secara ringkas, rebus dengan kunyit, takob-akob (buah asam  aroi-aroi) dan garam. 

 Yang lebih menariknya, terselit dua ketul ubi keledek warna ungu dan oren!

 Jom kita buka naig totidong! Naig totidong dalam bahasa Kadazan / Dusun bermaksud nasi beras bukit.

Inilah dia nasi yang dimasak dari beras kampung. Nasi dari beras merah ini dibungkus dengan daun tarap (loun timadang). Terima kasih buat Cikgu Bellylyn Willie Abah sebab menerangkan bahan masakan yang digunakan.

 Bismillah....jom makan!

 Alhamdulillah... ethnic food set ini berharga RM19.08.

Lepas tu kami minum halia madu panas.... halia segar dari ladang!

Untuk yang berkira-kira singgah di sini, Amie kongsikan harga makanan sekadar untuk memberi info (mana tahu ada yang sedang berkira-kira bajet makan di sini). Nabalu Fried Rice di atas tu berharga RM15.90. Itu makanan yang dipesan Firdasu. Firdaus pun pandai pilih makanan sekarang ni...


Nasi Lemak Kundasang di atas tu pula sepinggan RM14.84 sen. Ini kira harga termasuk GST ye. Tu nasi lemak Fairuz.

Makan di Nabalu Puteri memang terasa santainya, tapi bila ada lalat hinggap itu yang terganggu sedikit keselesaan di situ. Walaupun dipasang jaring dan juga penghalang di pintu tapi lalat tetap masuk juga! Pada hari Isnin, 1/11/2016 kami menginap di sini. Memandangkan rasa letih dan ingin terus berehat di bilik, Encik Suami cadangkan agar kami makan terlebih dahulu. Nanti dah tengah malam takut kelaparan pulak, katanya! Kami pun turun ke seberang jalan. Cadang Encik Suami, eloklah makan sup panas!

Walaupun malam masih muda, tapi rasa kurang selesa sebab angin bertiup kencang sehingga terdengar deruannya! Ditambah pula dengan suhu yang sangat sejuk! Kami ingin cepat-cepat makan dan kembali semula ke tempat penginapan. Fairuz sudah berkira-kira untuk memesan sayap ayam panggang dan Amie pula sudah membayangkan semangkuk mee hoon sup panas!

Malam itu, restoran yang sering menjadi tempat persinggahan kami agak sibuk dengan pelanggan. Bila kami nak pesan sayap ayam panggang, nampaknya kedatangan kami di tempat memanggang tak disapa. Rasa segan pulak berdiri tercegat di situ sambil tersengih-sengih sendiri. Mungkin tukang panggang kepenatan. Tak ada pun sekeping sayap ayam yang dipanggang! Habis kot! Encik Suami pula setelah menunggu agak lama di meja, tidak ada seorang pun pelayan yang datang, akhirnya memutuskan untuk mencari tempat makan lain. Amie lihat ramai pelanggan lain memenuhi banyak meja sedang duduk-duduk menunggu hidangan (mungkin), sebab meja nampak kosong! 
Nak makan di mana?
Amie cadangkan makan sajalah di Nabalu Puteri.
Fairuz tak mahu... katanya ada lalat!
Malam-malam tak ada lalat datang, sahut Amie. Padahal Amie pun tak tahu bila masanya lalat datang!

Sebenarnya Amie tak berapa nak makan sangat, tapi sebab yang lain nak makan... ikutkan sajalah! Sampai di Nabalu Puteri, Amie pesan Chinese Tea panas dengan sepotong durian cheesecake.  Sedap!

Sementara menunggu hidangan lain sampai, sempat tinjau-tinjau suasana di sini. Nampak agak lengang tapi sungguhs selesa. Tak ada lalat datang malam itu!




 Pelayan-pelayannya pun peramah.

Firdaus minta mee goreng! Mee goweng! Daun nak mee goweng! Itu katanya berulang kali. Datanglah sepinggan mee goreng ayam ke meja.

Firdaus tak mahu di suap! Dia nak makan sendiri. Dia tahu mee goreng tu masih panas... jadi dia makan perlahan-lahan, siap tiup buang panas lagi!

Sedap tak?
Tentulah sedap, sebab banyak juga dia makan! Agaknya perutnya pun memang betul-betul lapar tu. Sepinggan mee goreng berharga RM11.45 sen.

 Ini Chicken Chop kegemaran Fairuz. Siap lengkap dengansup labu dan roti serta mentega.

 Chicken Chop berharga RM24.38 sen.

Encik Suami makan nasi beriani. Ada dua lauk disediakan iaitu ayam dan lamb. Banyak juga lauk! Amie bantu ratah lamb! Set nasi beriani RM28.41 sen.

Keesokan paginya, kami tebus kupon penginapan untuk bersarapan di sini lagi. Sambil menikmati angin pagi yang segar dan dingin, sempat mata melihat pemandangan indah di sekitar.

 Puncak Kinabalu sekejap ada sekejap hilang diliputi awan!

Firdaus sekali lagi meminta mee goreng!
Bila hidangannya sampai, disorongnya ke hadapan sambil berkata... Mommy ambik gambar!
Pandainya Firdaus!
Dah faham rupanya hobi Mommy dia!

 Tapi raut wajahnya memperlihatkan rasa tidak sabar untuk menikmati mee gorengnya!

 Ini mee goreng seafood Encik Suami.
Tak payah bayar sebab tebus kupon.

Ini Nasi Lemak Kundasang. Amie punya....
Nasi lemak tu sedap! Baru keluar dari pengukus / periuk (mungkin). Baunya harum!
Yang ini pun tak perlu bayar sebab tebus kupon penginapan.

Nasi Goreng Nabalu ini kena bayar sebab kupon hanya untuk dua orang sahaja memandangkan kami hanya sewa satu bilik. 

Jom makan...
Lalat ada, tapi belum banyak!

2 ulasan:

Kin Aziz berkata...

Wah! Seronoknya...

Amie berkata...

Jalan2 Kin Aziz...