ADSENSE

Jumaat, 4 November 2016

Asparagus Tumis Pedas

Dapurku kembali berasap!
Tengahari Jumaat nan redup, sempat menyelinap ke dapur sebentar. Alhamdulillah, terhidanglah nasi panas dengan lauk ikan goreng, jeruk tuhau dan juga sayur asparagus. 

Asparagus ni Amie masak tumis pedas tau! Walaupun pedas tapi sungguh menyelerakan bila bertemu nasi panas di kala perut sedang bergendang. Ami tambahkan udang kering dan juga udang basah. 

Bahan-bahan:
500 gram asparagus - potong sepanjang 4 cm
300 gram udang basah
1 labu bawang besar - mayang kasar
7 biji cili padi
garam / perasa pilihan secukupnya
3 sudu besar minyak

Bahan kisar / tumbuk halus :
2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang dan kemudian toskan airnya
10 biji cili padi
3 biji cili merah 
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan udang basah dan tumis lagi sehingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan bersama kesemua sekali asparagus, bawang besar dan cili padi.
4. Goreng kacau selama beberapa saat, tambahkan garam atau perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur. 
6. Sedia untuk dihidangkan.

Asparagus sangat lembut. Tak perlu masak lama, cukup sekadar goreng / tumis beberapa saat dan terus angkat apabila berubah warna. Hidangkan segera untuk dinikmati agar terasa kerangupannya.

Ratah pun sodap!

Tiada ulasan: