ADSENSE

Sabtu, 11 Jun 2016

Sambal Tumis Terung Pipit Dengan Udang

Lama tak jumpa terung pipit!
Kelmarin Encik Suami bawa pulang, tapi sebelum itu dia telefon kita dulu... mahu tak terung pipit?
Apa pulak tak mahu...bawa balik sajalah. Boleh kita masak sambal tumis.
Sebelum kahwin dengan kita, belah Encik Suami tak tahu terung pipit boleh dimakan. Mereka panggil buah rengas, dibuat peluru main senapang kayu masa kecik-keciknya dulu! Sekarang nak jumpa terung pipit pun susah. Pernah beli sekali di pasar tani...seco'et jew dah RM2.00.
Ooowww... banyak jugalah terung pipit yang Encik Suami bawa pulang tu...tolak tangkainya, kita timbang dalam 430 gram gitu.... masak semualah!

Bahan:
600 gram udang harimau - bersihkan
430 gram terung pipit
1 labu bawang besar - mayang kasar1 keping asam gelugur
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar perencah Maggi Cukup Rasa
garam (jika perlu)
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering 
20 biji cili padi minyak
3 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1 cm halia muda
1 sudu kecil belacan

Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng terung pipit hingga layu. Angkat dan toskan.
2. Goreng udang sehingga berubah warna. Angkat dan toskan.
3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng bawang besar hingga lalu dan kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak. Gunakan api panas sederhana.
2. Masukkan asam keping dan gula melaka parut. Gaul hingga mesra.
3. Masukkan isi udang harimau bersama terung pipit yang sudah digoreng tadi.
4. Kacau rata dan biarkan seketika.
5. Jika kurang perasa, boleh tambahkan garam atau gula.5. Padamkan api dapur.

Alhamdulillah...

5 ulasan:

Nurha berkata...

sedapnyer....ari tu nurha mengidam nak makan ni, dapat da pun..tp beza xde udang lah..

Zulfa Zainal berkata...

Bulan posa no masa terhad....baru sempat jalan2 ngintai dapur org...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜‰. Sedapnya udang dengan terung pipit tu....lama tak makan terung pipit sebab dah lama tak pergi pasar besar...

Zulfa Zainal berkata...

Bulan posa no masa terhad....baru sempat jalan2 ngintai dapur org...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜‰. Sedapnya udang dengan terung pipit tu....lama tak makan terung pipit sebab dah lama tak pergi pasar besar...

nor berkata...

Elok Dan banyan khasiat terung pipit ni

kasihilmar.com berkata...

Nmpk begitu menyelerakan!