ADSENSE

Jumaat, 10 Jun 2016

Kuey Teow Goreng Udang

Alhamdulillah...
Hari ini 5 hari umat Islam menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan akan sempurnalah sepurnama kita lalui bulan yang mulia ini.
Tahun ini, kita tak berapa lincah di dapur menyediakan hidangan berbuka untuk seisi keluarga. Kita lebih banyak habiskan masa laya Firdaus. Maklumlah cuti sekolah, tak hantar budak kecik tu ke kampung! Jadi, ambillah peluang untuk 'berdua-diaan' dengannya. Encik Suami, setiap petang membawa pulang kuih-muih dan kita hanya masak menu tambahan seperti mee goreng, mee hoon sup atau nasi dengan sejenis atau dua jenis lauk. Nak tangkap gambar? Aduuusss... tiap sore cuaca mendung. Siap masak pun hanya tinggal seminit dua kedengaran azan Maghrib berkumandang. Waktu berbuka puasa dah tiba.
Petang tadi, dapat jugalah tangkap menu berbuka puasa kami yang simpel dimple tu... Seperti biasa, Encik Suami bawa balik kuih yang dibeli di bazaar Ramadhan. Karipap dan popia! Rasanya hari-hari kuih itu memang tak tinggal! Maklumlah semuanya hantu karipap! Hantu popia juga!
Kita dah keluarkan ikan, dan sotong. Ingatkan nak panggang ikan, buat kerabu mangga dan goreng sotong bersalut tepung. Bila kita nak masak, Encik Suami yang baru pulang dari kerja berkata: Ada udang. Ada kuey teow... sayur sawi, fish cake bla bla bla.... Mommy goreng koey teow ya! Baba nak mandi, nak solat.
Kita pun simpan ikan dalam peti sejuk. Ambil separuh sotong yang sudah dibersihkan, dan letakkan rice cooker di tempat asal. Goreng Kuey teow sajalah!

Kita ni seakan-akan goreng kuey teow berlauk udang pulak dah! Padahal kita tambahkan sotong dan fish cake juga, tapi kita lebihkan udang. Macam tunjuk perasaan jew kat Encik Suami ha ha haaaa.... Barangkali dalam 1/2 kilogram kita masukkan udang sebagai perencah. Adalah dalam 17-18 ekor.

Bahan:
1 kg kuey teow - bilas dan toskan
1/2 kg udang harimau - bersihkan
2 keping fish cake - hiris nipis
1 cawan hirisan sotong
2 batang sayur sawi - potong - pisahkan batang dengan daun
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis Habhals
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu kecil perencah Maggi Cukup Rasa
4 sudu besar minyak

Bahan hiris:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan udang, sotong dan fish cake.
3. Tumis kesemua bahan di atas hingga masak.
4. Tambahkan batang sawi dan masukkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan kuey teow bersama daun sawi.
6. Perasakan dengan sos tiram, kicap lemak manis, sos tomato, sos cili dan perencah Maggi Cukup Rasa.
7. Kacau rata.
8. Padamkan api dapur.


5 ulasan:

mama sara nur berkata...

salam Ramadhan
sedap menu k.amie

Nooriah Abdullah berkata...

besar nya udang tu Mie
lontar sekor dua kesini cepat nak buka posa ni

Zulfa Zainal berkata...

Ni namanya udang goreng berperencah kuaw teaw

Zulfa Zainal berkata...

Ni namanya udang goreng berperencah kuaw teaw

kasihilmar.com berkata...

Sedapnyerrr