ADSENSE

Isnin, 6 Jun 2016

Jalan-Jalan Cari Makan di Ranau

Perlahan-lahan menyusur keluar ke jalan besar melalui jalan tidak berturap dari ladang teh, terus ke pekan Ranau mengambil masa lebih kurang 20 minit....
Kami singgah di Restoran Anjung Selera untuk mengisi perut. Kita pernah singgah ke situ tahun lalu dan mengharapkan kali ini hidangan yang ada dapat memenuhi selera seperti dulu. Alhamdulillah.... pelbagai jenis hidangan sup sudah tersedia untuk dipilih termasuklah sup tulang, sup perut, sup urat, bakso dan sebagainya. Harum aroma kuah sup dari belanga besar yang sentiasa mendidih sungguh menggamit selera! Kalau nak kuah sup, kena ambil sendiri. Ada mangkuk kecil disediakan di sebelah belanga sup yang sentiasa mendidih tu...

 Firdaus nak makan sendiri... tak mahu disuap!

Nampak macam lapar sangat sayang Mommy ni...
Baru tersedar, rupanya kami tak isi perut sejak dari Tamparuli lagi. Ketika itu pukull 11 pagi dan hanya sempat singgah membasahkan tekak di Mango Garden Restaurant selepas keluar dari rumah terbalik. Seterusnya kami banyak menghabiskan masa tersekat di jalan kerana hujan!

Lauk-pauk seperti sayur banyak yang sudah habis kecuali terung sambal. Barangkali hari sudah menjelang malam, jadi sudah tidak banyak pilihan kecuali ayam goreng yang banyak dan masih panas. Mungkin baru digoreng. Saiznya pun besar. Itu sajalah pilihan lauk yang agak istimewa ketika kami menjamu selera di sini.


 Kita tidak lepaskan peluang memesan semangkuk sup tulang. Sedap!

Berselera sungguh anakanda kecil kami makan ayam goreng!
Awas!
Jangan ganggu konsentrasinya... nanti dia lemparkan ayam goreng tu!
Wow! Garangnya....


 Restoran Anjung Selera ni senang dilihat dari jalan, sebab letaknya pun di tepi jalan.

 Sempat beli sekotak ayam kari-kari rangup dari KFC bawa pulang ke kotej!

Jom masuk....

 Firdaus tertidur dalam kereta!
Kita tukarkan lampin dan pakaian pun dia tak buka mata.
Lena sampai ke pagi!
Penatlah tu...


 Selamat malam Fairuz!

Selamat malam semua!
Jumpa lagi esok pagi.



Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

3 ulasan:

Cik Wan berkata...

Seronok betul tengok Firdau makan..bersemangat sungguh. BTW selamat bercuti untuk Amie sekeluarga dan selamat berpuasa. Tak sabar nak tengok resepi yang bakal Amie kongsikan sepanjang Ramadhan ni.

Fadzillah berkata...

Selamat bercuti serta selamat berpuasa buat Amie sekeluarga.

Amie berkata...

Cik Wan,
Selamat berpuasa juga Cik Wan...

Fadzillah,
Terima kasih & selamat berpuasa juga.