ADSENSE

Sabtu, 4 Jun 2016

Bermalam & Sarapan Pagi di Grand Borneo Hotel

Grand Borneo Hotel.
Kita pilih hotel ini sebab tempatnya sangat strategik...apalagi kalau bukan tempat shopping! Tak shopping banyak pun, sedikit sebanyak boleh cuci-cuci mata. Yang strategiknya hotel ini terletak di dalam 1Borneo Hypermall...shopping kompleks yang tak pernah selesai kita jelajahi setiap kali datang! 1Borneo Mall adalah antara pusat beli-belah terbesar di Sabah!
Tapi..... tapi...tapi... ada tapinya!
Nak parking kereta tu memang bermasalah sebab ruangan yang disediakan sangat terhad! Bolehlah letak kereta di tempat parking berbayar! Tempat ini agak jauh sedikit dari pusat bandar (lebih kurang 7 km), tapi kita suka...sebab saja nak santai-santai di sini. Layanan staf pun ok... cuma yang tak berapa ok bila lewat sikit untuk masuk bilik lagi satu. Kita booking 2 bilik. Satu bilik untuk kita dengan Encik Suami dan sebilik lagi untuk Fuad & Fairuz. Oh..yaa! Firdaus kecik sudah tentulah dengan kami. Bukan apa, kita ada permintaan..bilik anak-anak tu biar bersebelahan. Memang ada bilik kosong tapi di tingkat lain. Kalau nak bilik sebelah juga, kenalah tunggu satu jam berikutnya sementara bilik dikemas. Tapi..ok jugalah tu kaaann.... Satu jam kemudian, kami datang semula ke kaunter tanya, bilik dah ada ke belum? Katanya..belum lagi. Tak apa, kami keluarlah dulu cari makan. Nanti baliknya boleh terus ambil kunci bilik.

Berpusing beberapa kali untuk mencari tempat parking tapi tak juga dapat. Akhirnya Encik Suami suruh kita check in dulu sementara dia mencari tempat parking kereta.

Selesai check-in dan bawa masuk beg ke tingkat 12, dan sementara menunggu bilik anak-anak tersedia kami keluar makan dulu. Hampir pukul 5 petang kami kembali semula ke hotel. Alhamdulillah... dapat satu tempat parking kereta betul-betul di depan pintu hotel!


 Ikut pintu yang Encik Suami pandang tu untuk masuk ke 1Borneo Hypermall.

 Bilik kami tanpa tingkap. Di tengah

Kena terimalah, kalau sewa hotel di tengah bandar tentulah kena fikirkan harganya juga....yang semakin meningkat walaupun bilik agak sempit.


 Bilik anak-anak di sebelah bilik kami.






Walaupun tempat penginapan ini nampak bergaya dengan adanya 2 buah kolam renang dan pelbagai kemudahan lain, tapi kena faham juga bila jumlah bilik sebanyak 325 buah... tidak semestinya menjanjikan 100% perkhidmatan yang memuaskan. Apa pun... harap semuanya ok. Tak bolehlah nak menyongel banyak...sebab ini pilihan sendiri. Betul tak?

Pemandangan dari tingkap sebelah lift semasa nak turun ke tingkat 2 untuk sarapan pagi di Soul Out Restaurant.


Tempat sarapan pagi penuh dengan pelanggan! Terpaksa tunggu pelayan membersihkan  meja. Duduk sajalah di mana ada tempat kosong. 


Kita nak makan nasi lemak tapi... semua lauk habis! Tempat sambal kosong...yang ada cuma ikan bilis dan kacang tanah! Encik Suami nak makan pun tak jadi... kena tunggu lama sikit barulah datang sambal! Itu pun hanya sambal...telur rebus tetap kosong..timun pun tak ada!
Kita nampak pekerja di situ semuanya sibuk... kesian juga kita tengok diorang. Gambar di atas tu...kita pun sama berbaris lebih 15 minit tunggu chef hotel siapkan omelet!

Dah dapat omelet, kita pun pergi semula ke tempat nasi lemak. Alhamdulillah... sambal sudah diisi kembali. Telur rebus dan timun masih kosong. Kita ambil timun di bahagian salad. Dimaafkanlah..... sebab sambal nasi lemak sangat sedap!



Pelanggan beransur kurang. Perut pun dah kenyang... ..



Kami tidak menunggu lebih lama di sini sebab akan meneruskan perjalanan ke LD pada pagi itu. Ada kesilapan berlaku... dalam perjalanan pulang kita buka sampul surat, nak tengok resit pembayaran... ahhh! Rupanya staf hotel salah bagi.... Resit itu orang lain punya! Bukan atas nama kita....
Kan dah kata....
Apa pun, menginap di sini bolehlah dikatakan memuaskan dengan mengabaikan kekurangan yang kecil-kecil tu.


Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan: