ADSENSE

Khamis, 16 Jun 2016

Berbuka Puasa di Warung Khadijah Ikan Bakar

Kedudukan Warung Khadijah Ikan Bakar memang sangat strategik!
Letaknya di barisan warung Taman Aman 3, betul-betul di tepi jalan dari arah Lahad Datu. Senang orang nampak dari jalan. Boleh klik di sini : KHADIJAH IKAN BAKAR
Walaupun sudah acapkali makan di situ, tapi ini merupakan kali pertama kami berbuka puasa di warung kesukaan ramai itu.



Encik Suami booking meja seawal pukul 3 petang, dengan memilih set hidangan untuk 4 orang. Ada 2 set hidangan yang ditawarkan sempena bulan puasa khas untuk mereka yang ingin berbuka puasa di sini. Salah satunya set untuk 4 orang dengan harga RM100 dan satu set lagi untuk 8 orang dengan harga RM200.



Waktu berbuka puasa pada hari ini dijadualkan pada pukul 6.20 petang. Sebelum pukul 6 petang, kami sudah berada di meja tempahan. Nampaknya semua meja sudah penuh ditempah, dengan hidangan masing-masing. Kami dapat meja di bahagian luar, di bawah khemah.
Jom tengok apa hidangan set RM100 untuk kami semeja, 4 orang.

 Kurma...
Marilah kita ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w, berbuka puasa dengan beberapa biji kurma. Alhamdulillah.

Set hidangan kami, selain kurma sebagai pembuka mulut, disediakan juga satu jug air bandung.

Sepiring kuih, terdiri daripada 3 jenis... tapi tak sempat merasa sebab perut dah kenyang.

 Potongan buah tembikai  merah yang masih segar.

Ni..budak Fairuz tengah sakit tekak... semacam jew mukanya! Tak elok tarik muka gitu dik...depan rezeki lagi tu. Bakul di depannya tu bakul berisi nasi putih.

 Lauk nasi putih termasuklah udang goreng butter kering.

 Ketam goreng... ada rasa pedas dan sedikit bersos.

 Seekor ikan putih bakar. Saiz ikan ini agak besar juga.

 Sotong goreng telur masin.
Macam biasalah... kalau ada sotong goreng telur masing dengan udang goreng butter memang itulah seafood yang kami anak-beranak terkam dulu!

Tom yam campur.

Firdaus pun ikut berbuka puasa he he heee...
Tu ...nama Mazlan tu nama pekerja di situ yang menerima tempahan. Jadi setiap meja tempahan yang ada nama tertentu memang dijaga betul-betul oleh 'orang' itu, untuk memastikan tak ada makanan yang terkurang....kita agaklah....hihihiii.

Itulah antara menu yang terdapat dalam set hidangan berbuka puasa dengan harga RM100 semeja untuk 4 orang, tapi makan berlima berenam pun kenyang juga ni.

6 ulasan:

Nabila Syifa berkata...

terliuq tgk...

Suzana Ibrahim berkata...

Bestnya Amie dengan hidangan lauk -pauk begini untuk berbuka,sekali -sekala bawa anak buka puasa kat luar kan best!

Nooriah Abdullah berkata...

makan besar lah Amie macam2 ada
mesti sedap tu semua nya
udang butter kering??
hehee nampak pun mmg kering kan

Wani Sukarno berkata...

sedapnya kak amie makan kat luar ,, semuanya menyelerakan

kasihilmar.com berkata...

Salam Amie. nmpk mcm best je!

Mrs Dee berkata...

wahh,,nak try ni,,saya pun kak selalu ulang alik pg Ld,,tapi x perasan plak warung ni..huhu,,thanks sharing sis.